Arsenal
Park Chu-young yakin dia bersedia untuk mengepalai serangan Arsenal pada bulan depan bila rakan sepasukannya keluar menyertai Piala Afrika.
Aston Villa
Pemain Aston Villa, Marc Albrighton menafikan laporan yang mengaitkannya dengan Rangers kerana dia masih mahu merebut tempat di kelab itu.
Blackburn
Pemain Blackburn, Jason Lowe umumkan bahawa dia sudah boleh kembali beraksi, walaupun baharu sahaja diusung keluar padang hujung minggu lalu.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle beri amaran kepada pemainnya yang bakal tamat kontrak supaya menunjukkan persembahan yang bagus jika mahu kekal.
Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas dedahkan bahawa pemain tengah, Michael Essien masih perlukan sebulan lagi sebelum boleh kembali beraksi.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes dilapor berharap berjaya mendapatkan khidmat pemain muda berbakat, Yohan Tavares yang bermain untuk Beira Mar.
Fulham
Fulham dilapor sedang memerhatikan penjaga gol Benfica, Artur Moraes yang mungkin keluar daripada kelab Portugal itu pada hujung musim ini.
Liverpool
Pengurus, Kenny Dalglish boleh membeli pemain baru untuk Liverpool pada bulan Januari, tetapi dia enggan menyatakan nama pemain sasarannya.
Manchester City
Pemain pertahanan Manchester City, Micah Richards meremehkan pertengkarannya dengan penyerang, Mario Balotelli ketika menjalani sesi latihan.
Manchester United
Inter dilapor sedang berfikir sama ada mahu buka rundingan dengan pemain remaja Man Utd, Paul Pogba yang tamat kontrak pada hujung musim ini.
Newcastle United
Newcastle Utd dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada pemain pertahanan AC Milan, Taye Taiwo yang mungkin cuba meminjam khidmatnya.
Norwich City
Penyerang Norwich, James Vaughan yang dijangka tidak dapat beraksi sehingga bulan Mac mungkin pulih dari cedera lutut seawal bulan hadapan.
Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock mungkin kehilangan 2 orang pemain tengah, Adel Taarabt dan Alejandro Faurlin kepada Napoli pada bulan Januari ini.
Stoke City
Asmir Begovic menafikan pendapat yang mengatakan peluang Stoke City untuk berjaya dalam Liga Europa terjejas selepas tewas kepada Besiktas.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengesahkan penjaga gol, Craig Gordon perlu menjalani pemeriksaan lanjutan terhadap kecederaan lututnya.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers berkata dia yakin bahawa para pemain utama pasukannya tidak akan keluar dalam pasaran bulan Januari nanti.
Tottenham
Steven Pienaar jaring gol pertamanya dalam Liga Europa untuk tewaskan Shamrock, tetapi Tottenham masih tersingkir daripada pertandingan itu.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson mengaku berminat dengan Scott Allan dan berpendapat rundingan mengambil pemain Dundee itu berjalan lancar.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Antolin Alcaraz disahkan tidak mengalami kecederaan serius, tetapi masih belum jelas sama ada dia boleh bermain minggu ini.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy lebih bimbang mengenai penyerang seperti David Silva dan Wayne Rooney berbanding taktik lontaran jauh Stoke.
No comments:
Post a Comment