AC Milan
Direktor sukan Milan, Ariedo Braida mendedahkan bahawa Stephan El Shaarawy mungkin dipinjamkan kepada Torino untuk mendapatkan pengalaman.
AS Roma
Pemain tengah Roma, Erik Lamela menegaskan bahawa dia mempunyai hubungan baik dengan Pablo Osvaldo, berikutan pergaduhan mereka November lalu.
Atalanta
Penyerang Atalanta, German Denis menggesa rakan sepasukannya supaya hanya fokus pada bolasepak dan memastikan kelab itu menaiki tangga carta.
Bologna
Direktor Bologna, Roberto Zanzi nafi sebarang minat terhadap pemain Napoli, Giuseppe Mascara kerana bahagian serangan mereka sudah sempurna.
Cagliari
Robert Acquafresca yang ketika ini dipinjamkan kepada Bologna, dilaporkan sanggup menyertai Cagliari buat kali yang keempat dalam kerjayanya.
Catania
Pietro Lo Monaco berkata Catania akan beri masa kepada Milan sehingga 31 Disember ini, sebelum mereka pertimbangkan tawaran dari kelab lain.
Cesena
Laporan mengatakan bahawa Cesena berminat dengan penyerang Sampdoria, Nicola Pozzi, berikutan persembahannya untuk Doriani pada musim ini.
Chievo
Direktor Chievo, Giovanni Sartori nafi sebarang minat terhadap pemain tengah Palermo, Armin Bacinovic kerana mereka sedang mencari penyerang.
Fiorentina
Arsenal dilapor sedang menyediakan tawaran bernilai EUR14 juta untuk membeli pemain tengah Fiorentina, Juan Manual Vargas pada bulan Januari.
Genoa
Direktor, Stefano Capozucca optimistik yang Genoa boleh melengkapkan urusniaga mengambil Alberto Gilardino sebelum turun menentang Cagliari.
Inter Milan
Emiliano Viviano mungkin meminta Inter Milan meminjamkannya kepada kelab lain, dalam usahanya menyertai skuad Itali yang akan ke Euro 2012.
Juventus
Penyerang Juventus, Amauri kelihatan seperti hampir pasti akan ke Liga Premier, setelah Spurs, Fulham serta QPR dilaporkan berminat dengannya.
Lazio
Inter Milan dijangka tidak akan menggunakan hak mereka untuk membeli pemain yang dipinjam daripada Lazio, Mauro Zarate pada hujung musim ini.
Lecce
Penjaga gol Lecce, Julio Sergio tegaskan bahawa Roma belum menghubunginya, tetapi mengaku dia tidak akan menolak peluang kembali ke Olimpico.
Napoli
Direktor Bologna, Roberto Zanzi nafi sebarang minat terhadap pemain Napoli, Giuseppe Mascara kerana bahagian serangan mereka sudah sempurna.
Novara
Novara dilapor telah menyertai Atalanta dalam persaingan mendapatkan pemain milik Real Zaragoza, Matteo Contini yang dipinjamkan kepada Siena.
Palermo
Palermo dilapor telah mencapai persetujuan dengan Club Tijuana untuk membeli pemain tengah Uruguay, Arevalo Rios dengan harga EUR2.9 juta.
Parma
Agen Juan Pablo Carrizo berkata Parma adalah kelab tunggal yang mahu membeli penjaga gol Lazio itu, setelah dia dikaitkan dengan River Plate.
Siena
Novara dilapor telah menyertai Atalanta dalam persaingan mendapatkan pemain milik Real Zaragoza, Matteo Contini yang dipinjamkan kepada Siena.
Udinese
Udinese dan Tottenham akan bersaing dalam bulan Januari untuk mendapatkan pemain remaja, Filip Kostic yang ketika ini bermain untuk Radnicki.
No comments:
Post a Comment