Friday, December 30, 2011

EPL

Arsenal
Arsene Wenger tidak mahu peminat Arsenal berharap dapat melihat Thierry Henry seperti 10 tahun yang lalu, jika dia menyertai kelab itu nanti.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish beri amaran kepada Aston Villa supaya berwaspada terhadap tindak balas Chelsea yang terlepas peluang menjadi juara.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean kagum dengan cara pemain muda Blackburn telah menampilkan diri berikutan kecederaan terhadap beberapa pemain utamanya.

Bolton
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas mengaku kelab itu bergelut untuk mencapai persetujuan dengan Gary Cahill kerana perbezaan yang besar.

Chelsea
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilapor sanggup untuk memenuhi harga EUR100 juta yang diminta oleh Porto untuk perpindahan Hulk bulan depan.

Everton
Landon Donovan gembira kembali ke Everton dan percaya dia kini adalah pemain yang lebih bagus berbanding kali pertama dia menyertai Toffees.

Fulham
Fulham mungkin tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama dalam perlawanan menentang Norwich yang mampu mengubah kempen mereka musim ini.

Liverpool
Craig Bellamy jaringkan golnya yang keempat dalam liga untuk Liverpool menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah bertemu Newcastle.

Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengesahkan bahawa pemain tengah Roma, Daniele De Rossi adalah calon sasaran kelab Inggeris itu.

Manchester United
Agen Federico Macheda berkata terdapat 95 peratus peluang untuk penyerang Manchester United menyertai Queens Park Rangers pada bulan Januari.

Newcastle United
Craig Bellamy jaringkan golnya yang keempat dalam liga untuk Newcastle tewas di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah bertemu Liverpool.

Norwich City
Paul Lambert percaya tugasnya yang paling berat adalah mengawal tahap ekpektasi dalam tahun 2012 dan berkata Norwich masih lagi kelab picisan.

Queens Park Rangers
Agen Federico Macheda berkata terdapat 95 peratus peluang untuk penyerang Manchester United menyertai Queens Park Rangers pada bulan Januari.

Stoke City
Mamady Sidibe mahu membalas keyakinan yang ditunjukkan terhadapnya dan mengaku dia pernah terfikir untuk bersara selepas cedera Oktober lalu.

Sunderland
Martin O'Neill menegaskan bahawa dia tidak cemburu dengan kuasa membeli milik Manchester City yang jauh berbeza dengan apa yang ada padanya.

Swansea City
Novara dilapor akan menghubungi Swansea City mengenai status pemain pertahanan, Vangelis Moras yang juga telah menarik perhatian kelab Parma.

Tottenham
Pengurus, Sir Alex Ferguson percaya ketika ini pasukan Tottenham adalah yang terbaik dalam liga dan mereka ada peluang untuk menjadi juara.

West Brom
Roy Hodgson percaya keputusan 'berani' untuk terus kembali menjadi pengurus selepas dipecat terbukti tepat berikutan kejayaannya di West Brom.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez menegaskan bahawa Latics perlu maju setapak demi setapak jika mahu mencapai kejayaan jangka-panjang.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy percaya Persatuan Bolasepak telah beri isyarat salah setelah enggan membatalkan penggantungan Nenad Milijas.

No comments:

Post a Comment