Friday, December 16, 2011

Serie A

AC Milan
Masx Allegri menegaskan bahawa bolasepak Inggeris masih perlu digeruni, setelah Milan dipasangkan dengan Arsenal di dalam Liga Juara-juara.

AS Roma
Agen Fernando nafi khabar yang mengaitkan Roma dengan pemain itu dan berkata Porto tidak pernah menjual pemain penting di pertengahan musim.

Atalanta
Atalanta mahu menang buat kali pertama dari lima perlawanan bila bertemu Fiorentina yang hanya sekali tewas ketika bermain di tempat sendiri.

Bologna
Bologna mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Genoa yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang keempat.

Cagliari
Pengurus Cagliari, Ballardini tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah dan mungkin menurunkan Ceppelini, Ekdal dan Thiago Ribeiro.

Catania
Catania mahu mengutip mata buat kali yang kedua berturut-turut bila mereka menentang Palermo, yang masih belum pernah menang di tempat lawan.

Cesena
Cesena mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Inter yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali keempat.

Chievo
Chievo mahu menang buat kali pertama dari lima perlawanan bila bertemu Cagliari yang telah tercicir 13 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Fiorentina
Fiorentina mungkin cuba ambil Angelo Palombo setelah presiden Sampdoria, Riccardo Garrone berkata kelab itu sanggup menjualnya Januari ini.

Genoa
Genoa dilapor akan menjadikan penyerang muda, Lucas Prato sebagai sebahagian daripada tawaran mereka untuk Marco Borriello atau Diego Milito.

Inter Milan
Pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri teruja untuk menentang pengurus Marseille, Didier Deschamps di peringkat kalah mati Liga Juara-juara.

Juventus
Agen Milos Krasic mencadangkan bahawa Juventus akan menjual pemain itu kepada kelab luar pada bulan Januari kerana Conte tidak memerlukannya.

Lazio
Libor Kozak teringin melihat bagaimana reaksi Lazio bila menentang pasukan yang kuat, setelah dipasangkan dengan Atletico dalam Liga Europa.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali kelima berturut-turut bila mereka menentang Parma yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang kelima.

Napoli
Bintang Napoli, Marek Hamsik agak gembira setelah dipasangkan dengan Chelsea kerana pasukannya memang mahu mengelakkan kelab dari Sepanyol.

Novara
Novara tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Juventus yang mahu menang di tempat sendiri buat kali keenam.

Palermo
Palermo dengan rasminya telah menamatkan kontrak Rubinho dan penjaga gol itu dilapor berkemungkinan besar akan kembali ke tanahairnya, Brazil.

Parma
Parma mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila mereka menentang Lecce yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali kelima.

Siena
Siena tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang AC Milan yang telah mencicirkan empat mata di tempat sendiri.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin tenang setelah dipasangkan dengan PAOK di dalam Liga Europa kerana berjaya elakkan kelab utama Eropah.

No comments:

Post a Comment