Sunday, December 25, 2011

Serie A

AC Milan
AC Milan dilapor akan memanggil penjaga gol, Antonio Donnarumma kembali ke San Siro sebaik sahaja kontrak peminjamannya di kelab Gubbio tamat.

AS Roma
Roma dan Napoli akan bersaing mendapatkan khidmat pemain pertahanan muda, Marco Capuano yang ketika ini bermain untuk kelab Serie B, Pescara.

Atalanta
Atalanta dilapor sedang perhatikan penyerang remaja, Alberto Masi, akan tetapi mereka perlu bersaing dengan Roma untuk mendapatkan khidmatnya.

Bologna
Maurizio Setti mengaku Bologna berharap untuk melengkapkan urusniaga mengambil pemain Palermo, Andrea Mantovanni dengan secepat yang mungkin.

Cagliari
Agen Pablo Zeballos enggan mengesahkan minat daripada Cagliari, tetapi menegaskan bahawa penyerang itu benar-benar mahu bermain di Serie A.

Catania
Pemain tengah Catania, Fabio Sciacca dilapor akan keluar daripada kelab itu pada bulan Januari bagi membantu Brescia mengelakkan penyingkiran.

Cesena
Pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri dijangka akan meminjamkan khidmat Luc Castaignos yang berkemungkinan besar akan menyertai kelab Cesena.

Chievo
Novara berharap dapat menguatkan pasukan mereka dengan membawa masuk Felipe daripada Fiorentina dan Alberto Paloschi yang berada di Chievo.

Fiorentina
Fiorentina dilapor berharap dapat mencapai persetujuan mengenai perpindahan pemain sayap Udinese, Gabriel Torje pada hujung musim ini nanti.

Genoa
Penyerang, Rodrigo Palacio hanya mahu fokus pada usaha menjaringkan gol untuk Genoa dan berharap skuad kebangsaan akan memanggilnya semula.

Inter Milan
Pengurus Inter Milan, Claudio Ranieri dijangka akan meminjamkan khidmat Luc Castaignos yang berkemungkinan besar akan menyertai kelab Cesena.

Juventus
Parma dilapor mahu meminjam khidmat Luca Toni dan Vincenzp Iaquinta daripada kelab Juventus bagi membantu mengubah arah kempen mereka itu.

Lazio
River Plate adalah kelab terkini dikaitkan dengan Cristian Ledesma yang bernilai EUR 10 juta dan terikat kepada Lazio sehingga tahun 2015.

Lecce
Lecce berada di tempat terakhir dalam carta Fairplay dengan 51 mata penalti setelah mengumpulkan 45 kad kuning dan 3 kad merah pada musim ini.

Napoli
Napoli dan Roma akan bersaing mendapatkan khidmat pemain pertahanan muda, Marco Capuano yang ketika ini bermain untuk kelab Serie B, Pescara.

Novara
Novara berharap dapat menguatkan pasukan mereka dengan membawa masuk Felipe daripada Fiorentina dan Alberto Paloschi yang berada di Chievo.

Palermo
Palermo dilapor sekali lagi akan cuba mengambil pemain tengah Genoa, Kevin Constant yang pernah menjadi sasaran bekas pengurus mereka, Pioli.

Parma
Parma dilapor mahu meminjam khidmat Luca Toni dan Vincenzo Iaquinta daripada kelab Juventus bagi membantu mengubah arah kempen mereka itu.

Siena
Siena berada di tempat ke-14 dalam carta Fairplay dengan 43 mata penalti setelah mengumpulkan 41 kad kuning dan satu kad merah pada musim ini.

Udinese
Fiorentina dilapor berharap dapat mencapai persetujuan mengenai perpindahan pemain sayap Udinese, Gabriel Torje pada hujung musim ini nanti.

No comments:

Post a Comment