Thursday, December 22, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa berkata Bilbao layak mara di dalam Copa del Rey walaupun persembahan mereka ketika bertemu Oviedo tidak cukup bagus.

Atletico Madrid
Presiden Atletico, Enrique Cerazo umumkan bahawa dia telah tawarkan jawatan pengurus kepada Cholo Simeone selepas memecat Gregorio Manzano.

Barcelona
Barcelona mara di dalam Copa del Rey setelah membelasah Hospitalet hasil daripada gol Rodriguez, Iniesta, Alcantara, Xavi, Tello dan Cuenca.

Espanyol
Pemain Espanyol, Javi Marquez berasa lega selepas menjalani pembedahan terhadap masalah yang telah menghalang dia bermain di tahap terbaik.

Getafe
Pengurus, Luis Garcia tegaskan bahawa 3 atau 4 keputusan penting yang memihak kepada Malaga telah memastikan Getafe tersingkir daripada Copa.

Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez tidak terlalu kecewa terkeluar dari Copa kerana kini skuadnya boleh fokus pada usaha kekal dalam La Liga.

Levante
Pemain tengah Levante, Juanlu tidak dapat bermain untuk suatu jangka masa setelah mengalami keretakan tulang kaki ketika menewaskan Deportivo.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini mengaku perlawanan menentang Malaga amat sengit dan kedua-dua pasukan punyai 50 peratus peluang tersingkir.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar puas hati berjaya mara di dalam Copa, terutamanya kerana banyak kelab La Liga yang telah disingkirkan.

Racing Santander
Pengurus Racing, Juanjo Gonzalez gembira berjaya mara di dalam Copa del Rey dan juga dengan persembahan pasukannya dalam pertandingan itu.

Rayo Vallecano
Pengurus, Jose Ramon Sandoval kecewa tersingkir daripada Copa del Rey kerana percaya Rayo bermain dengan lebih baik dalam kedua-dua pertemuan.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel berkata keputusan di Cordoba adalah kunci kepada penyingkiran pasukannya daripada pertandingan Copa del Rey.

Real Madrid
Pemain tengah, Mesut Ozil enggan beri komen tentang laporan yang mengaitkannya dengan Liverpool dan berkata bahawa dia gembira di Real Madrid.

Real Mallorca
Bintang tenis, Rafael Nadal telah menjual sahamnya di dalam Real Mallorca kerana ia bukan lagi kelab yang sama ketika dia sertai projek itu.

Real Sociedad
Philippe Montanier mengaku Sociedad bernasib baik mara dalam Copa del Rey, berikutan aksi pusingan kedua yang amat teruk menentang Granada.

Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Javier Aguirre mengaku penyokong berhak menunjukkan kekecewaan dan pemainnya berasa amat kecewa tersingkir dari Copa.

Sevilla
Sevilla umumkan bahawa Frederic Kanoute tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dijangka boleh kembali berlatih selepas cuti perayaan.

Sporting Gijon
Berita buruk untuk pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado kerana Sebastian Eguren terkehel lutut dan tidak dapat beraksi selama sebulan.

Valencia
Valencia berjaya mara di dalam pertandingan Copa del Rey setelah menyingkirkan pasukan Cadiz hasil jaringan Ruiz, Jonas, Soldado dan Banega.

Villarreal
Bekas pengurus Lyon, Claude Puel dilapor adalah calon utama untuk menjadi pengurus Villarreal selepas kelab itu memecat Juan Carlos Garrido.

No comments:

Post a Comment