Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger mengaku Arsenal mempunyai kewangan yang kukuh dan dia mungkin mengambil pemain baru jika ada peluang yang baik muncul.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish nafi bahawa dia akan cuba menjual kapten, Stiliyan Petrov bila pasaran dibuka pada bulan Januari nanti.
Blackburn
Blackburn masih menanti berita mengenai tahap kecederaan yang dialami oleh Gael Givet dan Jason Lowe di dalam kekalahan kepada Sunderland.
Bolton
Liverpool dipercayai sedang mempertimbangkan tawaran sama ada untuk pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba atau Kevin Strootman dari kelab PSV.
Chelsea
Agen Eduardo Vargas berkata Chelsea belum membuat tawaran rasmi untuk penyerang dari Universidad itu dan nilainya mungkin mencapai EUR15 juta.
Everton
Penyerang, Louis Saha berkata Everton membuat permulaan yang kurang bagus pada musim ini kerana mereka tidak aktif dalam pasaran yang lalu.
Fulham
Pemain sayap, Scott Sinclair berjanji akan terus kekal bersama Swansea, berikutan laporan yang mengatakan dia akan ke Fulham pada bulan depan.
Liverpool
Liverpool dipercayai sedang mempertimbangkan tawaran sama ada untuk pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba atau Kevin Strootman dari kelab PSV.
Manchester City
Naib presiden Milan, Adriano Galliani mengesahkan yang Rossoneri sanggup menanti sehingga 31 Januari dalam usaha untuk mengambil Carlos Tevez.
Manchester United
Manchester Utd mengesahkan bahawa pemain tengah, Darren Fletcher perlu ambil bercuti untuk suatu jangka masa kerana masalah perut yang teruk.
Newcastle United
Berita baik untuk Newcastle kerana Mike Williamson telah membuat kemunculan semula bila turun selama 45 minit dalam perlawanan skuad simpanan.
Norwich City
Pemain Norwich, Bradley Johnson berjanji akan terus bekerja-keras dengan harapan dia akan dipanggil menyertai skuad England suatu hari nanti.
Queens Park Rangers
Agen Roman Pavlyuchenko berkata Queens Park Rangers telah ditawarkan peluang untuk mengambil penyerang Tottenham itu pada bulan Januari nanti.
Stoke City
Thomas Sorensen percaya ini adalah masa yang baik untuk dia mencari cabaran baru, tetapi dia tidak menolak kemungkinan terus kekal di Stoke.
Sunderland
David Vaughan mendakwa bahawa suasana di Sunderland sudah menjadi semakin bagus selepas pengurus, Martin O'Neill menggantikan Steve Bruce.
Swansea City
Pemain sayap, Scott Sinclair berjanji akan terus kekal bersama Swansea, berikutan laporan yang mengatakan dia akan ke Fulham pada bulan depan.
Tottenham
Tottenham mungkin gagal untuk mendapatkan penyerang, Loic Remy kerana kelab Perancis, Marseille dijangka akan berkeras meminta GBP18 juta.
West Brom
Penyerang West Brom, Shane Long yakin dia boleh mewujudkan gandingan mantap dengan Peter Odemwingie jika diberi lebih banyak peluang bersama.
Wigan Athletic
Pemain tengah Wigan, Jordi Gomez berkeyakinan tinggi dan kembali menikmati keseronokan bermain setelah berjaya kembali ke dalam skuad utama.
Wolverhampton
Mick McCarthy memuji sikap Steve Fletcher yang tidak suka mencari publisiti, tetapi mengaku prestasi cemerlangnya bakal menarik perhatian.
No comments:
Post a Comment