Tuesday, December 6, 2011

Serie A

AC Milan
Robinho jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk AC Milan seri kali ketiga dalam kumpulan H setelah bertemu Viktoria Plzen.

AS Roma
Januari ini Inter Milan mungkin cuba menggantikan Diego Milito dengan penyerang Roma, Marco Borriello yang tidak diperlukan oleh Luis Enrique.

Atalanta
Direktor teknikal Atalanta, Pierpaolo Marino menafikan laporan yang mereka berminat mendapatkan penyerang Juventus, Amauri pada bulan Januari.

Bologna
Liverpool dilapor serius mahu mendapatkan penyerang Bologna, Gaston Ramirez dan mungkin sanggup membayar EUR16 juta yang diminta kelab itu.

Cagliari
Agen Davide Biondini menafikan yang Genoa ada menghubunginya dan menegaskan bahawa pemain itu berhasrat melanjutkan kontraknya di Cagliari.

Catania
Catania mendedahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan AC Milan mengenai perpindahan Maxi Lopez ke San Siro pada bulan Januari.

Cesena
Presiden Cesena, Igor Campedelli gesa para pemain supaya membantu pengadil dengan tidak merayu terhadap kesilapan yang tidak pernah berlaku.

Chievo
Pemain tengah Saint-Etienne, Gelson Fernandes mungkin kembali ke Chievo pada bulan Januari ini, tetapi mereka perlu bersaing dengan Udinese.

Fiorentina
Fiorentina dilapor berharap dapat membuat pertukaran pemain dengan Bologna yang melibatkan Adem Ljajic dan Gaston Ramirez pada bulan Januari.

Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi dilapor telah 2 kali membuat tawaran kepada Marcello Lippi untuk menjadi pengurus kelab itu pada minggu lalu.

Inter Milan
Januari ini Inter Milan mungkin cuba menggantikan Diego Milito dengan penyerang Roma, Marco Borriello yang tidak diperlukan oleh Luis Enrique.

Juventus
Direktor teknikal Atalanta, Pierpaolo Marino menafikan laporan yang mereka berminat mendapatkan penyerang Juventus, Amauri pada bulan Januari.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja puji cara sikap profesional pasukannya ketika menewaskan Novara dan menegaskan bahawa Djibril Cisse adalah penting.

Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi dilapor akan bawa masuk 3 orang pembantu, Palazzi, Buletti, dan Rubinacci bagi membantu mengubah nasib kelab itu.

Napoli
Real Madrid dilapor akan menghantar peninjau untuk melihat penyerang Napoli, Edinson Cavani beraksi ketika bertemu Villarreal di El Madrigal.

Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser melabelkan kekalahan kepada Lazio sebagai persembahan mereka yang paling teruk dan berkata pemainnya takut.

Palermo
Palermo menafikan pendapat yang mengatakan pemain skuad Itali, Federico Balzaretti akan menyertai Paris Saint-Germain pada bulan Januari ini.

Parma
Presiden, Tommaso Ghirardi puas hati dengan persembahan Parma ketika menentang Palermo dan percaya kelab itu boleh mengekalkan sasaran tinggi.

Siena
Penyerang Siena, Emanuele Calaio mengaku bahawa adalah amat jelas yang pasukannya perlu bertindak lebih sinis serta agresif di hadapan gol.

Udinese
Penyerang, Antonio Di Natale percaya Udinese boleh terus bersaing dengan kelab utama pada musim ini - tetapi mereka perlu kekal merendah diri.

No comments:

Post a Comment