Tuesday, December 20, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa percaya kelab itu sepatutnya mempunyai 20 ke 30 peratus lebih mata jika dilihat dari kualiti pemain yang ada.

Atletico Madrid
Diego Pablo Simeone telah letak jawatan sebagai pengurus Racing Avellaneda dan dilapor akan menggantikan Gregorio Manzano di Atletico Madrid.

Barcelona
Presiden Barcelona, Sandro Rosell berkata keputusan berada di tangan pengurus, Pep Guardiola sama ada dia perlukan penyerang Santos, Neymar.

Espanyol
Espanyol mara ke peringkat 16 terakhir Copa del Rey setelah Wiess, Vazquez dan Sergio Garcia jaringkan gol untuk menyingkirkan Celta Vigo.

Getafe
Presiden Getafe, Angel Torres berkata skuad Azulones harus sasarkan 10 tempat teratas walaupun membuat permulaan tidak konsisten musim ini.

Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez mengaku sehinggalah semua kelab boleh bersaing dari segi kewangan, skuad kecil akan sentiasa ketinggalan.

Levante
Juan Ignacio mengaku sukar untuk percaya Levante kini berada di tempat keempat kerana dia digaji hanya untuk kekalkan kelab itu dalam La Liga.

Malaga
Malaga dilapor akan cuba mendapatkan penyerang Chelsea, Fernando Torres, walaupun Andre Villas-Boas menegaskan bahawa dia tidak akan dijual.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar berharap pasukannya akan bersungguh-sungguh menentang Almeria, walaupun mempunyai kelebihan dua gol.

Racing Santander
Seorang lagi ahli lembaga Racing Santander, Ramon Muniz telah meletakkan jawatan dengan alasan tekanan mula beri kesan kepada kesihatannya.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval tidak dapat menurunkan Dani Pacheco, Susaeta, Movilla, Botelho, Javi Fuego dan Lass untuk menentang Racing.

Real Betis
Presiden Real Betis, Miguel Guillen berkata kelab itu mahu menguatkan lagi pasukan dan akan mengambil pemain baru jika kena pada harganya.

Real Madrid
Real Madrid mara ke peringkat 16 terakhir Copa del Rey setelah Callejon, Sahin, Varane dan Joselu jaringkan gol untuk singkirkan Ponferradina.

Real Mallorca
Real Mallorca mara ke peringkat 16 terakhir Copa del Rey setelah Emilio Nsue menjaringkan gol kemenangan untuk menyingkirkan Sporting Gijon.

Real Sociedad
Pemain pertahanan Sociedad, Inigo Martinez meminta maaf kerana dibuang padang dan mengaku dia perlu mengawal perasaannya pada masa hadapan.

Real Zaragoza
Pengurus Zaragoza, Javier Aguirre berharap kemenangan ke atas Alcorcon dalam Copa del Rey akan membantu mengembalikan keyakinan pemainnya.

Sevilla
Sevilla mara ke peringkat 16 terakhir Copa del Rey setelah Frederic Kanoute menjaringkan gol kemenangan untuk menyingkirkan kelab San Roque.

Sporting Gijon
Real Mallorca mara ke peringkat 16 terakhir Copa del Rey setelah Emilio Nsue menjaringkan gol kemenangan untuk menyingkirkan Sporting Gijon.

Valencia
Valencia dilapor sedang mengikuti perkembangan pemain tengah kelab Bayer Leverkusen, Lars Bender yang terikat di BayArena sehingga tahun 2014.

Villarreal
Pengurus, Juan Carlos Garrido mengaku bahawa presiden Villarreal bimbang tentang situasi mereka, tetapi yakin dia boleh mengatasi situasi itu.

No comments:

Post a Comment