Thursday, December 22, 2011

EPL

Arsenal
Ketua peninjau Arsenal, Steve Rowley menasihatkan Arsene Wenger supaya sekali lagi pertimbangkan pemain tengah Shakhtar, Henrikh Mkhitaryan.

Aston Villa
Pengurus Villa, McLeish berkata Marc Albrighton 'mendaki gunung' untuk mencapai prestasi musim lalu dan jaringkan gol ke-20,000 Liga Premier.

Blackburn
Pengurus Everton, David Moyes berkata dia tinggalkan padang dengan lebih awal Selasa lalu kerana jelik dengan cemuhan terhadap Steve Kean.

Bolton
Pemain tengah, Sean Davis percaya dia akhirnya bersedia untuk melancarkan kerjayanya di Bolton setelah mengatasi beberapa masalah kecederaan.

Chelsea
Daniel Sturggidge jaringkan golnya yang ke-9 dalam Liga Premier untuk Chelsea seri di tempat lawan buat kali ke-3 setelah menentang Tottenham.

Everton
Manchester Utd kini mendahului persaingan untuk mendapatkan pemain tengah Everton, Jack Rodwell setelah Chelsea membatalkan hasrat mereka.

Fulham
Fulham telah menghubungi Bayern Munich dan dilaporkan sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan khidmat penyerang Croatia, Ivica Olic.

Liverpool
Pemain tengah, Mesut Ozil enggan beri komen tentang laporan yang mengaitkannya dengan Liverpool dan berkata bahawa dia gembira di Real Madrid.

Manchester City
Manchester City dilapor akan benarkan Carlos Tevez menyertai Milan pada bulan Januari, jika mereka cetuju membelinya pada hujung musim nanti.

Manchester United
Manchester Utd kini mendahului persaingan untuk mendapatkan pemain tengah Everton, Jack Rodwell setelah Chelsea membatalkan hasrat mereka.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mendedahkan bahawa kelab itu sedang mencari pemain pertahanan untuk dibawa masuk pada bulan Januari nanti.

Norwich City
Norwich dilapor adalah sebahagian daripada kelab yang mahukan penyerang, Kris Boyd yang boleh berpindah secara percaya pada bulan Januari ini.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock gembira Adel Taarabt telah kembali ke dalam skuad utama berikutan reaksi positifnya terhadap kritikan rakannya.

Stoke City
Tony Pulis berkata pihak hospital telah mengesahkan bahawa sakit kepala Peter Crouch tidak serius dan dia mungkin boleh menentang Aston Villa.

Sunderland
Martin O'Neoll cabar penyerang, Nicklas Bendtner untuk membuktikan dirinya di Sunderland berikutan aksi cemerlangnya ketika menentang QPR.

Swansea City
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas berkata Josh McEachran mungkin dipinjamkan dan Swansea adalah antara yang paling hampir mengambilnya.

Tottenham
Emmanuel Adebayor jaring golnya yang ke-9 dalam Liga Premier untuk Totenham seri di tempat sendiri buat kali pertama setelah bertemu Chelsea.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson dan memuji kerja keras pasukannya setelah melihat mereka berjaya menduduki 10 tempat teratas Liga Premier.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez percaya Latics kini berjaya menjana sedikit momentum bagi mencerahkan peluang kekal di dalam liga.

Wolverhampton
Bekas kapten, Karl Henry ramal penyerang Wolves, Kevin Doyle untuk bangun semula selepas digugurkan daripada perlawanan menentang Norwich.

No comments:

Post a Comment