Wednesday, December 7, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa berkata dia bersemangat untuk menentang Real Oviedo kerana Copa del Rey adalah penting bagi dirinya.

Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Gregorio Manzano mensasarkan tempat di perlawanan akhir Copa del Rey menjelang perlawanan mereka menentang Albacete.

Barcelona
Xavi Hernandez menegaskan bahawa kekalahan kepada Real Madrid pada hujung minggu ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi juara La Liga.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino enggan beri komen mengenai ketibaan penyerang baru kerana berita seperti itu boleh jejaskan skuadnya.

Getafe
Penolong pengurus Getafe, Pedro Rostoll Rodriguez digantung dua perlawanan setelah dia dibuang padang kerana memprotes keputusan pengadil.

Granada
Tomer Hemed jaringkan golnya yang kelima dalam La Liga untuk Granada seri di tempat sendiri buat kali yang keempat setelah menentang Mallorca.

Levante
Kapten, Sergio Ballesteros berkata Levante mahu menamatkan tahun ini dengan 30 mata dan mereka tidak boleh tewas kepada Sevilla dan Granada.

Malaga
Malaga mengumumkan bahawa penyerang dari Brazil, Julio Baptista telah menjalani pembedahan dan kini perlu menjalani pemulihan selama 8 minggu.

Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Masoud Shojaei telah menjalani pembedahan buat kali yang keempat terhadap kakinya yang telah patah pada awal musim ini.

Racing Santander
Penjaga gol Racing Santander, Mario Fernandez akan terlepas perlawanan menentang Bilbao setelah mengalami kecederaan jari ketika berlatih.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval bimbang Alhassane Bangoura tidak sempat pulang dari Guinea sebelum perlawanan menentang Sporting.

Real Betis
Pemain tengah Real Betis, Jose Canas gesa pasukannya supaya mengulangi aksi babak kedua menentang Osasuna bila mereka bertemu Valencia pula.

Real Madrid
Jose Callejon jaring golnya yang keempat dalam Liga Juara-juara untuk Real Madrid menang kesemua perlawanan kumpulan D setelah bertemu Ajax.

Real Mallorca
Tomer Hemed jaringkan golnya yang kelima dalam La Liga untuk Mallorca seri di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah menentang Granada.

Real Sociedad
Pemain tengah Sociedad, Xabi Prieto mengaku sukar baginya kembali ke dalam skuad, setelah pasukannya menang dua perlawanan berturut-turut.

Real Zaragoza
Laporan mengatakan bahawa Zaragoza berminat untuk mendapatkan pemain tengah Genoa, Sebastian Ribas yang masih belum beraksi pada musim ini.

Sevilla
Kelab Rusia, Anzhi Makhachkala dilapor telah menghubungi Sevilla mengenai hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat penyerang, Frederic Kanoute.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado bimbang mengenai kecedergasan Nacho Cases, tetapi doktor kelab yakin yang dia boleh menentang Rayo.

Valencia
Valencia dilapor telah menawarkan kontrak lima tahun kepada pemain pertahanan, Gregory van der Wiel dan sedang menanti jawaban daripada Ajax.

Villarreal
Pemain tengah Napoli, Gokhan Inler jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Villarreal tewas semua perlawanan kumpulan A.

No comments:

Post a Comment