Arsenal
Arsene Wenger menghadapi krisis pertahanan setelah dia mendedahkan bahawa kecederaan Andre Santos jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan.
Aston Villa
Aston Villa sedang mengadakan rundingan dengan Brad Guzan mengenai kontrak baru, menjelang kemunculan pertamanya dalam Liga Premier musim ini.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berharap dapat ambil kesempatan terhadap tekanan ekspektasi di Sunderland berikutan ketibaan Martin O'Neill.
Bolton
Gary Cahill mengaku akan berasa amat terkejut jika dia telah gagal dalam rayuan menarik balik kad merah yang diterima ketika bertemu Spurs.
Chelsea
Andre Villas-Boas mempertahankan kata-katanya terhadap pengkritik Chelsea dan mengaku tidak kisah jika pemainnya sendiri tidak menyukainya.
Everton
Leighton Baines percaya pemain Everton akan menerima Steven Pienaar kembali dengan tangan terbuka dan komitmennya tidak pernah dipersoalkan.
Fulham
Pengurus, Martin Jol berharap Fulham akan catatkan kemenangan berturut-turut bila bertemu Swansea, berikutan kemenangan ke atas Liverpool.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish tegaskan bahawa isu luar padang tidak akan menjejaskan tumpuan pasukannya bila mereka turun menentang QPR.
Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya gelaran juara berada dalam tangan mereka jika skuadnya tidak kalah dalam masa dua bulan ini.
Manchester United
Sir Alex Ferguson mengesahkan bahawa kapten Manchester United, Nemanja Vidic tidak lagi dapat bermain pada musim ini kerana kecederaan lutut.
Newcastle United
Newcastle dilaporkan bakal menawarkan EUR1 juta untuk meminjamkan khidmat pemain Milan, Taye Taiwo dengan pilihan untuk membelinya Jun nanti.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert gesa Norwich supaya melupakan kekalahan 5-1 di Manchester City dengan mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United.
Queens Park Rangers
Pengurus, Neil Warnock berazam untuk mengekalkan Alejandro Faurlin di Queens Park Rangers, setelah pemain itu menarik minat beberapa kelab.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis percaya pengurus England yang seterusnya haruslah berbangsa Inggeris dan yakin hanya Harry Redknapp yang layak.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill mengenalpasti keyakinan diri sebagai masalah utama yang perlu diatasinya dalam permulaan kerjayanya di Sunderland.
Swansea City
Direktor NEC Nijmegen, Carlos Aalbers mempunyai perasaan bercampur-baur mengenai rancangan perpindahan John Goossens ke Swansea Januari ini.
Tottenham
Harry Redknapp beri amaran kepada Chelsea dan Manchester City supaya jangan membuang masa mereka dengan menyerahkan tawaran untuk Luca Modric.
West Brom
Pengurus, Roy Hodgson mahu West Brom ambil kesempatan penuh terhadap peluang baik mengutip mata penuh bila menentang skuad tercorot, Wigan.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez diberi jaminan bahawa dia tidak akan dipecat walaupun sekiranya The Latics tersingkir daripada Liga Premier.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy ramal seluruh liga akan merasai tindak balas kedua-dua kelab Manchester yang tersingkir dari Liga Juara-juara.
No comments:
Post a Comment