Friday, December 23, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pemain pertahanan kelab Bilbao, Xabi Castillo telah berjaya melalui pembedahan dan dijangka akan kembali beraksi dalam masa 4 ke 5 bulan lagi.

Atletico Madrid
Atletico Madrid mempunyai pengurus baru setelah Diego Simeone bersetuju menandatangani kontrak 18 bulan untuk kekal di situ sehingga Jun 2013.

Barcelona
Milan dilapor telah mencapai persetujuan untuk mengambil pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang akan tiba secara percuma pada bulan Jun.

Espanyol
Presiden Espanyol, Ramon Condal mahu menentang Barca di perlawanan akhir Copa, tetapi sebelum itu mereka tidak boleh memandang rendah Cordoba.

Getafe
Pemain tengah Getafe, Javier Casquero menegaskan bahawa adalah penting bagi pasukannya maju secara berperingkat dan melakukan tanpa tekanan.

Granada
Penyerang Granada, Alex Geijo berkata segala berjalan seperti biasa untuk kelab itu, tetapi mengaku adalah bagus jika mereka kekal dalam Copa.

Levante
Pemain tengah Levante, Juanlu didapati mengalami kecederaan pergelangan kaki selain keretakan, tetapi jangka masa pemulihannya tidak berubah.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini menolak kemungkinan akan mengambil David Pizarro daripada Roma atau penyerang Chelsea, Fernando Torres.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar masih berharap dapat singkirkan Barcelona daripada Copa bila mereka bermain di tempat sendiri nanti.

Racing Santander
Mirandes berpeluang untuk mara di dalam Copa del Rey setelah dipasangkan dengan kelab corot Racing Santander di peringkat suku akhir nanti.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano mengumumkan bahawa kelab itu mempunyai hutang sebanyak EUR35 juta yang diterima daripada 300 orang individu serta institusi.

Real Betis
Presiden Betis, Miguel Guillen berharap pasukannya dapat memastikan status mereka di dalam La Liga tanpa perlu bergelut di dalam tahun 2012.

Real Madrid
Iker Casillas mengaku adalah sukar untuk Real Madrid mengulangi kemenangan 4-0 ke atas Malaga bila mereka bertemu sekali lagi di dalam Copa.

Real Mallorca
Real Mallorca dan Real Sociedad yang bersaing ketat di dalam La liga akan bertembung pula di peringkat suku akhir pertandingan Copa del Rey.

Real Sociedad
Imano Agirretxe mengaku dia berasa amat lega setelah menjaringkan gol ketika menentang Granada kerana Sociedad bergelut dalam pertemuan itu.

Real Zaragoza
Presiden Zaragoza, Agapito Iglesias dilapor sedang aktif untuk mencari pengurus baru bagi menggantikan tempat Javier Aguirre di kelab itu.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral percaya perlawanan suku akhir Copa menentang Valencia akan ditentukan oleh butiran yang paling kecil.

Sporting Gijon
Presiden, Manuel Vega Arongo menafikan khabar angin yang Sporting telah menjual hak terharap beberapa pemain mereka kepada Kumpulan Doyen.

Valencia
Pengurus, Unai Emery puas hati dapat menutup tahun ini dengan kemenangan dan berkata skuad Valencia bertindak efektif ketika menentang Cadiz.

Villarreal
Pengurus baru Villarreal, Jose Francisco Molina mengaku teruja mengenai projek terbarunya itu dan melabelnya sebagai peluang yang amat baik.

No comments:

Post a Comment