AC Milan
Agen Taye Taiwo mengaku pemain sasaran Werder itu mungkin keluar dari AC Milan pada bulan Januari kerana sukar mendapat tempat dalam skuad.
AS Roma
Penyerang Roma, Bojan Krkic meminta maaf mengenai reaksinya selepas dibuang padang ketika bertemu Viola dan mengaku dia bersikap tidak matang.
Atalanta
Pemain sayap Atalanta, Ezequiel Schelotto gembira dapat bermain dengan kerap, tetapi menegaskan bahawa tiada pemain yang dijamin tempatnya.
Bologna
Berita buruk untuk pengurus Bologna, Pioli kerana Nicolo Cherubin tidak dapat beraksi untuk suatu jangka masa setelah cedera dalam latihan.
Cagliari
Kelab River Plate dilapor sedang memerhatikan penyerang Cagliari, Joaquin Larrivey yang mungkin boleh dibeli dengan harga hanya EUR1.5 juta.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella menegaskan bahawa Maxi Lopez bukanlah pemain simpanan, walaupun dia telah memulakan hanya 5 perlawanan.
Cesena
Cesena dilapor berminat mendapatkan pemain tengah Victoria Plzen, Petr Jiracek dan Vaclav Pilar yang bernilai secara keseluruhan EUR4.3 juta.
Chievo
Paolo Sammarco mengaku Chievo tidak konsisten pada musim ini, tetapi berharap keputusan seri dengan Atalanta adalah permulaan kenaikan mereka.
Fiorentina
Cesare Natali mendedahkan bahawa Fiorentina belum lagi menghubunginya mengenai niat mereka, walaupun kontraknya bakal tamat pada Jun 2012.
Genoa
Laporan mengatakan bahawa Zaragoza berminat untuk mendapatkan pemain tengah Genoa, Sebastian Ribas yang masih belum beraksi pada musim ini.
Inter Milan
Esteban Cambiasso jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara tetapi Inter Milan tetap tewas kali kedua dalam kumpulan B kepada CSKA.
Juventus
Pengurus Juventus, Antonio Conte mengesahkan bahawa dia akan beri peluang kepada pemain pinggirannya dalam perlawanan Coppa menentang Bologna.
Lazio
Pihak Sampdoria dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Lazio, Libor Kozak yang ketika ini dipinjamkan kepada pasukan Brescia.
Lecce
Pemain Lecce, Rodney Strasser mendedahkan bahawa pengurus, Serce Cosmi memberitahu skuadnya supaya senyum walaupun mengalami situasi negatif.
Napoli
Napoli mara ke peringkat kalah-mati setelah Gokhan Inler jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk menewaskan Villarreal.
Novara
Pemain tengah Torino, Andrea Gasbarroni dilapor sedang mempertimbangkan pilihannya sementara Novara pula sedang menunggu untuk mendapatkannya.
Palermo
Agen Josip Ilicic menegaskan bahawa Fiorentina tidak pernah menghubungi pemain tengah Palermo itu dan mendakwa ia hanya rekaan para wartawan.
Parma
Pemain tengah Mjallby, David Lofquist gembira akan berpindah ke Parma pada bulan Januari, dan mengaku dia tidak mampu menolak peluang itu.
Siena
Walaupun dikaitkan dengan Juventus, agen Mattia Destro tegaskan bahawa ia hanya khabar angin dan pemain itu akan kekal di Siena sehingga Jun.
Udinese
Kelab Inggeris, Sunderland dilapor sedang pertimbangkan tawaran untuk pemain tengah Udinese, Almen Abdi yang dianggarkan bernilai EUR7-8 juta.
No comments:
Post a Comment