Tuesday, December 27, 2011

EPL

Arsenal
Arsene Wenger terima hakikat yang Arsenal telah melepaskan peluang baik berikutan keputusan seri dengan Wolves yang beraksi dengan 10 pemain.

Aston Villa
Aston Villa tunjukkan kemampuan pertahanan mereka di Britannia, tetapi pengurus, Alex McLeish kini menghadapi masalah di bahagian serangan.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean yakin Blackburn Rovers boleh mengelakkan penyingkiran dan dia ramalkan rekod yang positif dalam separuh kedua musim ini.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle beri amaran dia akan gugurkan pemain senior yang kurang bagus bagi menyelamatkan Trotters daripada penyingkiran.

Chelsea
Inter berminat untuk mendapatkan pemain sayap kiri Chelsea, Florent Malouda, tetapi mungkin akan menunggu sehingga kontraknya tamat Jun nanti.

Everton
Tony Hibbert mengaku kekuatan pertahanan skuad Everton memaksa dia bermain di tahap terbaik setiap minggu atau dia akan kehilangan tempatnya.

Fulham
Penjaga gol Fulham, David Stockdale berharap prestasinya yang baik di peringkat kelab akan membantu dia menyertai skuad England ke Euro 2012.

Liverpool
Pemain pertahanan, Daniel Agger tegaskan bahawa rombakan besar tidak perlu dibuat terhadap Liverpool bagi mengatasi masalah menjaringkan gol.

Manchester City
Agen Eden Hazard berkata Manchester City akan tawarkan GBP25 juta kepada Lille dan kemudian meminjamkannya kembali kepada kelab Perancis itu.

Manchester United
Antonio Valencia percaya penyingkiran Manchester United di dalam Liga Juara-juara beri dorongan kuat untuk mereka berjaya dalam Liga Premier.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew bakal hadapi masalah pemilihan setelah Demba Ba disenaraikan dalam skuad Senegal untuk Piala Negara Afrika.

Norwich City
Gareth Bale jaringkan golnya yang ketujuh dalam Liga Premier untuk Norwich tewas di tempat sendiri buat kali ketiga setelah bertemu Tottenham.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock puas hati dengan reaksi pasukannya selepas ketinggalan satu gol, tetapi kecewa mereka gagal menewaskan Swansea.

Stoke City
Jurulatih Stoke, Dave Kemp beri sokongan kepada cadangan supaya teknologi gol diperkenalkan, berikutan kontroversi ketika bertemu Aston Villa.

Sunderland
Pemain tengah Sunderland, Jack Colback berkata dia tidak akan merungut sekiranya pengurus, Martin O'Neill beri hanya peranan kecil kepadanya.

Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers percaya Swansea telah mencicirkan mata ketika menentang QPR, jika diambil kira prestasi mereka di tempat sendiri.

Tottenham
Gareth Bale jaringkan golnya yang ketujuh dalam Liga Premier untuk Tottenham menang di tempat lawan buat kali keenam setelah bertemu Norwich.

West Brom
Jonas Olsson puji pertahanan West Brom yang menjadi pasukan Liga Premier pertama yang berjaya menghalang Man City daripada menjaringkan gol.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez tidak akan biarkan persembahan buruk mereka ketika menentang Man Utd membayangi rekod baik pada bulan ini.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, McCarthy gembira dan bangga dengan pasukannya selepas seri dengan Arsenal dan beri pujian istimewa kepada penjaga gol, Wayne.

No comments:

Post a Comment