Thursday, December 8, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Oscar de Marcos jaringkan gol tunggal perlawanan untuk Bilbao mendahului Oviedo dalam pertemuan pertama peringkat 32 terakhir Copa del Rey.

Atletico Madrid
Adrian jaringkan gol di tempat lawan untuk Atletico yang ketinggalan di belakang Albacete dalam pertemuan pertama mereka dalam Copa del Rey.

Barcelona
Lionel Messi mengaku adalah penting bagi Barcelona mendapatkan keputusan positif menentang Real Madrid sebelum menyertai Piala Kelab Dunia.

Espanyol
Espanyol akan cuba membawa Felipe Caicedo pulang ke Sepanyol, walaupun pemain itu baharu sahaja menyertai Lokomotiv Moscow awal musim ini.

Getafe
Penjaga gol Getafe, Miguel Angel Moya mengaku dia bimbang mengenai prestasi buruk di tempat lawan dan gesa skuadnya mengkritik kelemahan diri.

Granada
Pengurus Granada, Fabriciano Gonzalez mengkritik pengadil kerana berikan penalti kepada Mallorca tetapi tidak kepada pasukannya Rabu lalu.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio beri amaran kepada pasukannya bahawa setiap kesilapan yang mereka lakukan akan dihukum sehabisnya oleh Sevilla.

Malaga
Penjaga gol, Willy Caballero berkata Malaga berazam untuk menang di tempat sendiri minggu ini dan berharap mendapatkan mata di Valencia juga.

Osasuna
David Timor berkata Osasuna hanya fokus pada perlawanan seterusnya, tetapi mereka ada skuad yang bagus dan boleh sasarkan tempat lebih tinggi.

Racing Santander
Pemain pertahanan Racing Santander, Bernardo mengaku pertukaran pengurus beri harapan dan azam kepada skuadnya untuk kembali membuktikan diri.

Rayo Vallecano
Pemain pertahanan Rayo, Mikel Labaka menegaskan bahawa adalah penting bagi skuadnya menang di Gijon, selepas tewas tiga kali berturut-turut.

Real Betis
Mario tegaskan yang semua pemain Betis berdiri di belakang pengurus, Pepe Mel yang telah memenangi hati mereka berikutan kejayaan musim lalu.

Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menolak kemungkinan akan menurunkan Karim Benzema dan Gonzalo Higuian serentak ketika menentang Barcelona.

Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros puas hati seri dengan Granada, kerana sukar untuk pemain tuan rumah beraksi dalam stadium kosong.

Real Sociedad
Antoine Griezmann tidak mahu Sociedad menjadi leka walaupun menang dua kali berturut-turut kerana mereka terlalu hampir dengan zon bahaya.

Real Zaragoza
Pemain pertahanan Zaragoza, Maurizio Lanzaro mahu skuanya menggandakan usaha kerana amat jelas usaha mereka setakat ini belum lagi mencukupi.

Sevilla
Sevilla dilapor telah membuat kemajuan dalam rundingan dengan Tottenham mengenai perpindahan yang bernilai EUR4 juta untuk Giovani dos Santos.

Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, Gaston Sangoy terpaksa berhenti berlatih kerana cedera, tetapi dia dijangka sempat pulih sebelum hujung minggu ini.

Valencia
Pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Gregory van der Wiel mengaku dia sanggup berpindah ke Valencia pada hujung musim ini, tetapi bukan Januari.

Villarreal
Pengurus, Juan Carlos Garrido menegaskan bahawa Villarreal telah curahkan usaha 100 peratus ketika menentang Napoli dengan skuad yang ada.

No comments:

Post a Comment