AC Milan
Presiden, Silvio Berlusconi memberitahu penyerang Man City, Carlos Tevez supaya mengejar impian dan menyertai Milan dan bukannya wang di PSG.
AS Roma
Napoli dilapor berminat untuk meminjam Marco Borriello yang mencari kelab baru setelah gagal memecah masuk ke dalam kesebelasan utama Roma.
Atalanta
Atalanta dilapor sedang mempertimbangkan keputusan untuk menjual Massimo Donati kepada Bari bagi mendapatkan dana membeli Simone Tiribocchi.
Bologna
Marco Di Vaio menegaskan bahawa Bologna tidak perlu mengambil penyerang baru pada bulan Januari kerana mereka mempunyai Robert Acquafresca.
Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino dilapor sedang menyediakan tawaran untuk membeli pemain tengah Udinese, Diego Fabbrini pada bulan Januari.
Catania
Direktor Catania, Pietro Lo Monaco mendakwa bahawa Milan bukanlah kelab tunggal yang berminat mendapatkan Maxi Lopez pada bulan Januari nanti.
Cesena
Cesena dilapor sedang mendahului saingan untuk mendapatkan khidmat penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dalam pasaran pemain bulan hadapan.
Chievo
Penyerang Chievo, Sergio Pellissier geram kerana dia masih dilabelkan sebagai 'penerjun' walaupun pengadil mengaku telah melakukan kesilapan.
Fiorentina
Agen Davide Santon berharap Fiorentina akan cuba mendapatkan pemain Newcastle itu pada masa hadapan supaya dia boleh kembali bermain di Itali.
Genoa
Pengurus Genoa, Alberto Malesani mahu kelab itu mendapatkan pemain Roma, Fabio Simplicio kerana dia perlukan pemain tengah yang berpengalaman.
Inter Milan
Genoa dilapor bakal menawarkan kontrak tiga tahun dan gaji tahunan sebanyak EUR1.5 juta kepada pemain pertahanan Inter Milan, Cristian Chivu.
Juventus
Cesena dilapor sedang mendahului saingan untuk mendapatkan khidmat penyerang Juventus, Vincenzo Iaquinta dalam pasaran pemain bulan hadapan.
Lazio
Lazio mara ke peringkat kalah mati di tempat kedua setelah Libor Kozak jaringkan gol pertamanya dalam Liga Europa ketika bertemu Sporting CP.
Lecce
Berita baik untuk pengurus Lecce, Serse Cosmi kerana Moris Carrozzieri kembali menjalani latihan, tetapi Obodo tiada kerana kecederaan lutut.
Napoli
Napoli dilapor berminat untuk meminjam Marco Borriello yang mencari kelab baru setelah gagal memecah masuk ke dalam kesebelasan utama Roma.
Novara
Novara dilapor telah mensasarkan penyerang Genoa, Andrea Caracciolo sebagai sasaran utama pada bulan Januari nanti dan bukannya Pippo Inzaghi.
Palermo
Palermo dan Arsenal dilapor bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan penyerang Hannover, Mohammed Abdellaoue yang dianggar bernilai EUR5 juta.
Parma
Penyerang Parma, Hernan Crespo mengesahkan bahawa ini adalah musim terakhir baginya di Serie A dan mengaku berminat untuk ke Qatar atau AS.
Siena
Penyerang Siena, Marcelo Larrondo dilaporkan telah menerima 8 jahitan selepas mengalami kecederaan kepala ketika menentang pasukan Udinese.
Udinese
Presiden Cagliari, Massimo Cellino dilapor sedang menyediakan tawaran untuk membeli pemain tengah Udinese, Diego Fabbrini pada bulan Januari.
No comments:
Post a Comment