Wednesday, December 28, 2011

Serie A

AC Milan
Milan menafikan khabar angin yang mengatakan Alexandre Pato akan dijual kepada Paris Saint-Germain pada bulan Januari dengan harga EUR50 juta.

AS Roma
Agen Nilmar mendedahkan bahawa Roma telah membuat tawaran untuk penyerang itu, tetapi Villarreal mahu kekalkannya sehingga kontraknya tamat.

Atalanta
Kelab Serie B, Varese dilapor telah mengenalpasti penyerang Atalanta, Matteo Ardemagni sebagai calon sasaran mereka pada bulan Januari nanti.

Bologna
Bologna mungkin mengalihkan perhatian mereka kepada pemain Juventus, Frederik Sorensen kerana menghadapi masalah mendapatkan Andrea Mantovani.

Cagliari
Pemain tengah Sampdoria, Daniele Dessena dilapor mungkin akan dipinjamkan kepada Cagliari dengan pilihan untuk membelinya pada musim panas.

Catania
Adrian Ricchiuti sudah hampir pasti akan dijual pada bulan Januari, tetapi penyerang itu tegaskan bahawa dia lebih suka jika kekal di Catania.

Cesena
Laporan mengatakan bahawa Cesena sedang mengadakan rundingan dengan pihak Napoli untuk membeli penyerang kedua veteran, Mario Alberto Santana.

Chievo
Masa depan Armin Bacinovi di Palermo masih lagi samar kerana pemain tengah Slovenia itu masih lagi menjadi sasaran untuk kelab Chievo Verona.

Fiorentina
Espanyol dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Fiorentina, Alessio Cerci yang telah menjaringkan 3 gol dalam 11 perlawanan.

Genoa
Fiorentina akan benarkan Alberto Gilardino untuk menyertai Genoa, tetapi hanya jika mereka berjaya mendapatkan penggantinya terlebih dahulu.

Inter Milan
Agen Lucas mendedahkan bahawa Inter telah menyerahkan tawaran yang bernilai lebih kurang EUR20 juta, tetapi Sao Paulo enggan melepaskannya.

Juventus
Sporting Gijon sedang berunding dengan Juventus dalam usaha mendapatkan Marco Motta dengan pilihan untuk membelinya pada musim panas nanti.

Lazio
Sporting CP berminat mendapatkan khidmat penjaga gol Lazio, Juan Pablo Carrizo yang kini hanya menjadi pilihan ketiga skuad Biancoceleste.

Lecce
Pengurus Lecce, Serse Cosmi mungkin menerima 2 pemain baru iaitu penyerang, Gianvito Plasmati daripada Nocerina dan Eminio Rullo dari Modena.

Napoli
Laporan mengatakan bahawa Cesena sedang mengadakan rundingan dengan pihak Napoli untuk membeli penyerang kedua veteran, Mario Alberto Santana.

Novara
Direktor Novara, Mauro Pederzoli mengumumkan bahawa kelab itu telah menarik diri daripada persaingan mendapatkan Giuseppe Mascara dari Napoli.

Palermo
Masa depan Armin Bacinovi di Palermo masih lagi samar kerana pemain tengah Slovenia itu masih lagi menjadi sasaran untuk kelab Chievo Verona.

Parma
Parma mungkin membawa masuk pemain baru dalam masa beberapa hari lagi iaitu pemain veteran, Matteo Ferrari yang boleh diambil dengan percuma.

Siena
Siena umumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan meminjam pemain Sassuolo, Gennaro Troianiello dengan pilihan untuk membelinya kemudian.

Udinese
Udinese telah menafikan laporan yang mengaitkan penyerang, Antonio Floro Flores dengan perpindahan keluar daripada Friuli pada bulan Januari.

No comments:

Post a Comment