Sunday, December 25, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Liverpool dilapor sedang cuba yakinkan Athletic Bilbao supaya melepaskan pemain sayap, Iker Muniain dan dikatakan sanggup membayar EUR25 juta.

Atletico Madrid
Agen Jose Antonio Reyes mengaku yang Sevilla berminat, tetapi pemain itu mahu tahu rancangan pengurus baru Atletico Madrid terlebih dahulu.

Barcelona
Barcelona dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Arsenal, Robin van Persie bagi mengambil tempat David Villa yang cedera.

Espanyol
Joan Verdu mengaku Espanyol mahu menjulang Copa del Rey kerana ia adalah jalan singkat untuk sasaran yang seterusnya, pertandingan Eropah.

Getafe
Getafe dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Valencia, Bruno Saltor yang mahu mencari peluang bermain di tempat lain.

Granada
Granada berada di tempat ke-9 dalam carta Fairplay dengan 46 mata penalti setelah menerima 42 kad kuning dan 2 kad merah sepanjang musim ini.

Levante
Juanlu Gomez mengaku dia gembira mendapat tahu yang Levante mahu melanjutkan kontraknya walaupun dia tidak dapat beraksi selama 4 bulan lagi.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini mengaku dia mempunyai motivasi tambahan untuk menewaskan bekas majikannya, Real Madrid dalam Copa del Rey.

Osasuna
Osasuna berada di tempat ke-7 dalam carta Fairplay dengan 45 mata penalti setelah mengumpulkan 37 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.

Racing Santander
Presiden Palmeiras, Arnaldo Tirone mengesahkan minat mereka terhadap penyerang Racing, Ariel Nahuelpan dan yakin boleh mendapatkan khidmatnya.

Rayo Vallecano
Jose Maria Movilla telah bermain buat kali yang terakhir untuk Rayo, setelah kelab itu mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan kontraknya.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel hanya mahukan 22 pemain sahaja di dalam skuadnya supaya dia boleh fokus pada kualiti dan menggembirakan pemain.

Real Madrid
Pengurus Ajax, Frank de Boer mendedahkan bahawa Real Madrid juga mahukan Christian Chivu, tetapi berharap pemain itu akan pulang ke Amsterdam.

Real Mallorca
Mallorca berada di tempat ke-17 dalam carta Fairplay dengan 59 mata penalti setelah menerima 55 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.

Real Sociedad
Penyerang Real Sociedad, Carlos Vela mengaku dia selesa dengan kelab itu dan berharap prestasinya akan membantu dia menyertai skuad Mexico.

Real Zaragoza
Zaragoza berada di tempat ke-14 dalam carta Fairplay dengan 55 mata penalti setelah menerima 49 kad kuning dan 3 kad merah pada musim ini.

Sevilla
Agen Jose Antonio Reyes mengaku yang Sevilla berminat, tetapi pemain itu mahu tahu rancangan pengurus baru Atletico Madrid terlebih dahulu.

Sporting Gijon
Sporting Gijon berada di tempat ke-3 dalam carta Fairplay dengan 40 mata penalti setelah menerima 36 kad kuning dan 2 kad merah musim ini.

Valencia
Roberto Soldado puas hati dengan 32 gol yang dijaringkannya pada 2011, tetapi hasrat sebenarnya adalah menjulang piala bersama kelab Valencia.

Villarreal
Cesar Sanchez berkata dia pernah alami situasi yang lebih teruk berbanding apa yang dilalui oleh Villarreal, dan mahu skuadnya bersatu-padu.

No comments:

Post a Comment