AC Milan
Pengurus Manchester City, Roberto Martinez memberitahu Milan bahawa mereka perlu berbelanja jika mahu mengambil pemain seperti Carlos Tevez.
AS Roma
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengesahkan bahawa pemain tengah Roma, Daniele De Rossi adalah calon sasaran kelab Inggeris itu.
Atalanta
Laporan mengatakan bahawa Atalanta akan menyertai persaingan untuk mendapatkan penyerang Malaga, Tomer Hemed yang juga menjadi sasaran Chievo.
Bologna
Stefano Pioli yakin Bologna boleh mengelakkan penyingkiran pada musim ini dan mengaku bahawa mungkin akan ada pemain yang masuk Januari ini.
Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino dilapor akan membuka rundingan dengan Cesena mengenai perpindahan pemain tengah, Marco Parolo Januari ini.
Catania
Direktor, Pietro Lo Monaco menolak kemungkinan Giuseppe Mascara akan kembali ke Catania kerana dia keluar mengejar wang yang lebih banyak.
Cesena
Presiden Cagliari, Massimo Cellino dilapor akan membuka rundingan dengan Cesena mengenai perpindahan pemain tengah, Marco Parolo Januari ini.
Chievo
Agen Gennaro Sardo mengesahkan bahawa Sampdoria telah meminta maklumat mengenai pemain Chievo itu, tetapi nafi Torino adalah menghubunginya.
Fiorentina
Genoa telah menawarkan kontrak 4 tahun kepada Alberto Gilardino dan dijangka akan membayar EUR8 juta untuk membelinya daripada Fiorentina.
Genoa
Genoa telah menawarkan kontrak 4 tahun kepada Alberto Gilardino dan dijangka akan membayar EUR8 juta untuk membelinya daripada Fiorentina.
Inter Milan
Laporan mendakwa bahawa Gremio telah menawarkan peluang kepada Inter untuk mengambil Bruno Collaco yang hampir menyertai Roma awal musim ini.
Juventus
Juventus akan menerima penyerang AS Roma, Marco Borriello pada hari Isnin nanti, dengan keutamaan untuk membelinya dengan harga EUR8 juta.
Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja mendapat berita buruk yang penyerang, Libor Kozak tidak dapat beraksi selama 10 hari kerana kecederaan pada pahanya.
Lecce
Hapoel Tel-Aviv dilapor telah menjadikan pemain tengah Lecce, Bryan Bergougnoux yang akan tamat kontrak pada 2012, sebagai sasaran mereka.
Napoli
Napoli dikaitkan dengan pemain tengah, Claudio Yacob, tetapi mereka hanya sanggup membayar EUR6 juta untuk membelinya daripada Racing Club.
Novara
Novara dilapor akan menghubungi Swansea City mengenai status pemain pertahanan, Vangelis Moras yang juga telah menarik perhatian kelab Parma.
Palermo
Pemain tengah Tijuana, Arevalo Rios dilapor telah tolak peluang untuk menyertai Palermo, walaupun kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan.
Parma
Direktor Parma, Pietro Leonardi menafikan minat terhadap penyerang Inter, Luc Castaignos kerana Ducali mahu fokus pada pemain remaja mereka.
Siena
Siena dilapor telah menyertai perebutan mendapatkan khidmat penyerang Rovigo, Soulymane Doukara yang telah disamakan dengan Nicolas Anelka.
Udinese
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dilapor berminat dengan pemain pertahanan, Mehdi Benatia, tetapi Udinese enggan melepaskannya Januari ini.
No comments:
Post a Comment