Monday, December 19, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengaku harapan mereka untuk menjuarai Liga Premier mungkin sudah terkubur selepas tewas di Manchester City.

Aston Villa
Kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov nafi ura-ura yang mengaitkannya dengan Sunderland dan gembira kekal di situ selagi khidmatnya diperlukan.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran, Michel Salgado boleh keluar bila pasaran dibuka pada bulan depan.

Bolton
Owen Coyle menegaskan bahawa dia tidak bimbang dengan berita yang mengatakan Bolton akan memecatnya sekiranya mereka tewas kepada Blackburn.

Chelsea
Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel kecewa jarang dapat bermain, tetapi mengaku dia tidak boleh merungut selagi pasukannya berjaya menang.

Everton
Kapten Everton, Phil Neville mengaku dia mendapat keyakinannya daripada pemain-pemain berani yang ada bersamanya di dalam bilik persalinan.

Fulham
Mohamed Al Fayed mengalukan kemajuan besar yang telah dicapai oleh Fulham, berikutan pengumuman tentang keuntungan kelab sebanyak GBP4.8 juta.

Liverpool
Stewart Downing percaya persembahan Liverpool pada hari Ahad lalu buktikan bahawa dia telah ambil keputusan tepat keluar daripada Aston Villa.

Manchester City
Naib presiden AC Milan, Adriano Galliani bakal bertemu dengan pegawai Manchester City pada hari Khamis untuk berbincang mengenai Carlos Tevez.

Manchester United
Jurulatih, Rene Meulensteen mengesahkan yang Man Utd sedang perhatikan pemain Ajax, Christian Eriksen, tetapi mereka belum mahu buat tawaran.

Newcastle United
Pengurus Lyon, Remi Garde berkata pemain sasaran Newcastle, Aly Cissokho tidak akan keluar kerana kelab itu masih berada dalam 4 pertandingan.

Norwich City
Penjaga gol Norwich, John Ruddy berkata bahawa tiada apa yang perlu dibuktikannya di Everton dan mengaku hanya segelintir yang mengingatinya.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock meremehkan spekulasi yang mengaitkannya dengan niat mengambil penyerang Rangers, Nikica Jelavic pada bulan Januari.

Stoke City
Pengurus, Tony Pulis mengaku kempen Stoke di dalam Liga Europa amat memenatkan, tetapi dia teruja untuk bermain di dalam peringkat kalah mati.

Sunderland
Kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov nafi ura-ura yang mengaitkannya dengan Sunderland dan gembira kekal di situ selagi khidmatnya diperlukan.

Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers berkata Swansea mahu mengikat kontrak dengan remaja, Rory Donnelly yang tiba di kelab itu untuk memulakan rundingan.

Tottenham
Penjaga gol Siena, Zeljko Brkic berkata dia tiada rancangan untuk keluar dari Itali, berikutan berita yang mengatakan Spurs mahu mengambilnya.

West Brom
James Morrison berpendapat yang dia mungkin tidak dapat mengikut kunjungan skuad West Brom ke Newcastle setelah mengalami masalah otot paha.

Wigan Athletic
Jordi Gomez mendakwa bahawa Wigan akan menerima kunjungan Liverpool dengan penuh keyakinan bahawa mereka boleh membuat kejutan di Stadium DW.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy mengesahkan bahawa penyerang, Leigh Griffiths dibenarkan keluar setelah hanya sekali muncul untuk kelab itu.

No comments:

Post a Comment