Friday, December 2, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Gunners kini kembali bersaing merebut 4 tempat teratas, tetapi belum boleh merampas gelaran juara.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish menegaskan bahawa Aston Villa hanya mahu beri ujian kepada Yannick Djalo dan mereka belum lagi menandatangani kontrak.

Blackburn
Agen Georgios Fotakis mendedahkan bahawa Blackburn sedang mengikuti perkembangan pemain tengah itu yang berminat untuk menyertai Liga Premier.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle gesa pasukannya untuk mengatasi masalah disiplin yang telah mencalarkan kempen Liga Premier mereka pada musim ini.

Chelsea
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku dia berminat untuk membawa penyerang, Didier Drogba ke White Hart Lane sekiranya diberikan peluang.

Everton
Laporang mencadangkan bahawa pengurus Everton, David Moyes mungkin sekali lagi akan cuba mendapatkan penyerang Marseille, Andre-Pierre Gignac.

Fulham
Bryan Ruiz mengaku yang dia gembira dengan permulaan kerjayanya di Fulham dan yakin dia boleh menjaringkan gol secara tetap untuk Cottagers.

Liverpool
Penyerang Liverpool, Luis Suarez mengaku amat berbesar hati mengikut jejak para lagenda kelab itu dengan menyarung jersi nombor 7 di Anfield.

Manchester City
Laporan mengatakan Manchester City mahu mendapatkan khidmat penjaga gol kelab Lanus, Agustin Marchesin yang dipasarkan pada harga GBP8 juta.

Manchester United
Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilapor masih mahukan bintang Man Utd, Wayne Rooney dan sedang menyediakan tawaran bernilai GBP60 juta.

Newcastle United
Pemain tengah Perancis, Yohan Cabaye mengaku dia mengambil risiko besar dengan menyertai Newcastle, tetapi gembira dengan situasinya sekarang.

Norwich City
Paul Lambert mendakwa yang dia tidak cemburu dengan sumber kewangan Man City dan tiada rancangan untuk mengubah pendekatan permainan Norwich.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock menggesa Adel Taarabt supaya jangan mendengar nasihat orang lain dan membuat keputusannya sendiri.

Stoke City
Penyerang Stoke, Cameron Jerome percaya keazaman pasukannya memastikan mereka mara ke peringkat kalah mati Liga Europa pada hari Khamis lalu.

Sunderland
Martin O'Neill sedang mengadakan rundingan dengan Sunderland, tetapi pengurus sementara, Eric Black mahu skuadnya fokus kepada Wolves sahaja.

Swansea City
Pemain pertahanan Swansea, Ashley Richards mengaku tidak gentar untuk memulakan perlawanan Liga Premier, berikutan kecederaan Angel Rangel.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku dia berminat untuk membawa penyerang, Didier Drogba ke White Hart Lane sekiranya diberikan peluang.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson menegaskan bahawa kehilangan Zoltan Gera berikutan kecederaan ligamen akan beri impak besar kepada kelabnya.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez mendakwa yang dia tidak ambil kisah mengenai kedudukan dalam carta kerana mata dan persembahan lebih penting.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy menegaskan bahawa dia jarang membuat perubahan pada barisan skuad Wolves kerana terpaksa dan tiada pilihan yang lain.

No comments:

Post a Comment