Sunday, December 25, 2011

EPL

Arsenal
Barcelona dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Arsenal, Robin van Persie bagi mengambil tempat David Villa yang cedera.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish menolak kemungkinan menjual penyerang utama, Darren Bent bagi menjana dana untuk membina semula pasukannya.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berharap dapat melengkapkan urusniaga dengan cepat sebaik sahaja pasaran pemain dibuka semula bulan hadapan.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle nafikan bahawa kapten, Kevin Davies telah digugurkan daripada rancangannya untuk perlawanan menentang Newcastle.

Chelsea
Fernando Torres menggariskan pencapaiannya dan mahu pengkritik menunjukkan lebih rasa hormat, walaupun rekodnya di kelab Chelsea amat teruk.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes berharap keputusannya untuk menggugurkan Tim Cahill akan membantu pemain itu mencapai tahap terbaiknya semula.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol puji pemain muda, Kerim Frei yang cemerlang dalam perlawanan Liga Europa dan gembira dengan keyakinan pemain itu.

Liverpool
Liverpool dilapor sedang cuba yakinkan Athletic Bilbao supaya melepaskan pemain sayap, Iker Muniain dan dikatakan sanggup membayar EUR25 juta.

Manchester City
Kapten, Vincent Kompany berkata pengurus, Roberto Mancini yang taksub mengenai peningkatan prestasi telah menjadi pendorong pemain Man City.

Manchester United
Sir Alex Ferguson berkata Man Utd akan sediakan dana untuk dibelanjakan Januari ini, tetapi dia enggan tunduk kepada tekanan supaya membeli.

Newcastle United
Alan Pardew mengaku Newcastle terlalu bergantung kepada gol yang disumbang oleh Demba Ba yang akan menyertai Piala Negara Afrika bulan depan.

Norwich City
Pengurus, Paul Lambert percaya Norwich akan mencapai kejayaan, selepas berjaya mengelakkan kekalahan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock mahu mengambil seorang penyerang dan sepasang pemain pertahanan dalam pasaran bulan Januari nanti.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis membidas pengguna Twitter yang mendedahkan di mana pemain sedang berada, berikutan rompakan di rumah Peter Crouch.

Sunderland
Wes Brown menegaskan bahawa pemain sama yang menyebabkan Sunderland bergelut di awal musim akan menggerakkan kebangkitan semula kelab itu.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers berharap akhirnya dapat melengkapkan urusniaga untuk pemain remaja Lens, Darnel Situ pada bulan Januari ini.

Tottenham
Pemain Tottenham, Rafael van der Vaart boleh turun menentang Norwich di Carrow Road kerana kecederaan pahanya tidak seteruk jangkaan awal.

West Brom
Ben Foster berkata Baggies tidak perlu gentar dengan Manchester City dan hanya perlu fokus pada usaha bermain dengan baik pada Boxing Day.

Wigan Athletic
Penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi mendedahkan bahawa hanya permit kerja yang telah menghalangnya daripada menyertai Manchester Utd pada 2003.

Wolverhampton
Christophe Berra yakin Wolves telah melakukan urusniaga yang bagus untuk membawa masuk Eggert Jonsson yang mampu menangani perpindahan itu.

No comments:

Post a Comment