AC Milan
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang kelapan dalam Serie A untuk Milan menang di tempat lawan buat kali ketiga setelah menentang Genoa.
AS Roma
Pemain Olympique Lyon, Michel Bastos mungkin menyertai Roma setelah menghabiskan masa 3 hari di bandar itu dibawah pembiayaan Giallorossi.
Atalanta
Atalanta berharap untuk mengutip masa buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Chievo yang hanya sekali tewas di tempat sendiri.
Bologna
Bologna mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila mereka menentang Siena yang hanya tiga kali menjaringkan gol di tempat lawan.
Cagliari
Cagliari mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka bertemu Catania yang hanya sekali tewas di tempat sendiri setakat ini.
Catania
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti tegaskan bahawa belum ada hitam putih mengenai perpindahan Maxi Lopez, berikutan rundingan dengan Milan.
Cesena
Cesena mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Juventus - pasukan tunggal yang belum pernah tewas musim ini.
Chievo
Chievo tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Atalanta yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.
Fiorentina
Fiorentina mengumumkan bahawa Alessio Cerci tidak dapat menentang kelab lama, AS Roma kerana perlu menjalani pemulihan selama 7 ke 10 hari.
Genoa
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang kelapan dalam Serie A untuk Genoa tewas di tempat sendiri buat kali pertama setelah bertemu Milan.
Inter Milan
Pengurus, Claudio Ranieri berkata perlawanan menentang Udinese adalah yang paling sukar setakat ini dan amat penting bagi masa depan Inter.
Juventus
Agen Leandro Damiao mengaku penyerang Internacional itu mungkin ke Itali pada 2012, setelah mengesahkan yang Juventus pernah menghubunginya.
Lazio
Penyerang kelab Lazio, Djibril Cisse telah membidas para pengkritiknya dan berjanji bahawa dia akan kembali menjaringkan gol tidak lama lagi.
Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Napoli yang berazam untuk menang di tempat sendiri buat kali ketiga.
Napoli
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mengumumkan bahawa pasukan Partenopei wajib mendapatkan mata maksimum daripada 5 perlawanan berikutnya.
Novara
Novara mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Lazio yang telah mencicirkan 10 mata ketika bermain di tempat sendiri.
Palermo
Pengurus Palermo, Devis Mangia mungkin tidak dapat menurunkan Eran Zahavi bila menentang Parma setelah pemain itu tercedera di dalam latihan.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi mengaku mereka berkemungkinan besar tidak mampu untuk meyakinkan Pippo Inzaghi supaya meninggalkan Milan.
Siena
Siena mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Bologna yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang kelima.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin kecewa pasukannya perlu menentang Inter pada hari Sabtu, walaupun selepas bermain di Eropah minggu ini.
No comments:
Post a Comment