Thursday, December 29, 2011

EPL

Arsenal
Arsenal dilapor sedang menyediakan tawaran bernilai EUR14 juta untuk membeli pemain tengah Fiorentina, Juan Manual Vargas pada bulan Januari.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish perlu menjual sebelum membeli, tetapi dia mungkin tidak banyak melakukan urusniaga dalam bulan Januari ini.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean mendedahkan bahawa pemain pertahanan, Martin Olsson mungkin sempat pulih sebelum perlawanan menentang Man Utd.

Bolton
Bolton telah bersetuju dengan tawaran Chelsea bernilati GBP7 juta untuk Tim Cahill dan The Blues telah memulakan rundingan dengan pemain itu.

Chelsea
Bolton telah bersetuju dengan tawaran Chelsea bernilai GBP7 juta untuk Tim Cahill dan The Blues telah memulakan rundingan dengan pemain itu.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes berkata James McFadden sudah hampir boleh memulakan perlawanan serta percaya dia sudah matang sebagai pemain.

Fulham
Martin Jol yakin pemain remaja Fulham, Kerim Frei mampu mengisi kekosongan di dalam skuad dan berharap dia boleh menjadi ahli pasukan tetap.

Liverpool
Kenny Dalglish enggan mengubah cara permainan Liverpool dan percaya mereka hanya perlukan sedikit keyakinan untuk kembali menjaringkan gol.

Manchester City
Yaya Toure mahu melengahkan perjalanannya ke Piala Negara Afrika bagi membantu Man City hadapi jadual perlawanan yang padat pada Tahun Baru.

Manchester United
Ryan Giggs yakin pengalaman yang dimiliki oleh Manchester Utd akan memberi kelebihan dalam persaingan merebut gelaran Liga Premier musim ini.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew percaya Magpies adalah kelab yang lebih stabil berbanding ketika dia mula-mula tiba pada 12 bulan yang lalu.

Norwich City
Norwich dikaitkan dengan Chris Gunter daripada Nottingham Forest walaupun Paul Lambert menegaskan yang dia tidak perlukan pemain pertahanan.

Queens Park Rangers
Penyerang veteran, Heidar Helguson telah melanjutkan kontraknya di Queens Park Rangers untuk terus kekal di Loftus Road sehingga Jun 2013.

Stoke City
Pengurus, Tony Pulis membayangkan bahawa Stoke tidak akan melakukan banyak urusniaga dan akan beri lebih tumpuan kepada pemain yang keluar.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mahu mengenali kesemua pemainnya termasuklah yang berada di luar sebelum berurusniaga di dalam pasaran.

Swansea City
Swansea dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Deportivo, Lassad Nouioui yang mungkin boleh dibeli dengan harga EUR2 juta.

Tottenham
Tottenham dan Udinese akan bersaing dalam bulan Januari untuk mendapatkan pemain remaja, Filip Kostic yang ketika ini bermain untuk Radnicki.

West Brom
West Brom dan Wigan dilapor telah mengenalpasti kapten Dundee United, Jon Daly sebagai calon pemain sasaran dalam pasaran bulan Januari nanti.

Wigan Athletic
Wigan dan West Brom dilapor telah mengenalpasti kapten Dundee United, Jon Daly sebagai calon pemain sasaran dalam pasaran bulan Januari nanti.

Wolverhampton
Pemain tengah Wolverhampton, Nenad Milijas perlu melalui penggantungan sebanyak 3 perlawanan setelah kelab itu gagal dalam proses rayuannya.

No comments:

Post a Comment