AC Milan
Naib presiden Milan, Adriano Galliani umum bahawa Rossoneri tidak mahu membeli Maxi Lopez daripada Catania kerana mereka mahukan Carlos Tevez.
AS Roma
Kapten Roma, Francesco Totti mengaku bahawa antara perkara yang dia kesal adalah tidak pernah berpeluang untuk bekerja bersama Jose Mourinho.
Atalanta
Pengurus, Stefano Colantuono mengaku persediaan Atalanta menghadapi perlawanan terakhir tahun ini terganggu akibat penahanan Cristiano Doni
Bologna
Direktor sukan Fiorentina, Pantaleo Corvino dilapor sedang pertimbangkan tawaran untuk mengambil pemain tengah kelab Bologna, Gaby Mudingayi.
Cagliari
CSKA Moscow dilapor sanggup menawarkan EUR15 juta kepada Cagliari bagi mendapatkan khidmat pemain tengah, Radja Nainggolan pada bulan Januari.
Catania
Naib presiden Milan, Adriano Galliani umum bahawa Rossoneri tidak mahu membeli Maxi Lopez daripada Catania kerana mereka mahukan Carlos Tevez.
Cesena
Modena dilapor berminat mendapatkan khidmat penyerang Cesena, Erjon Bogdani yang menghadapi kesukaran untuk merebut tempat dalam skuad utama.
Chievo
Novara telah menjadikan pemain simpanan Chievo, Alberto Paloschi sebagai sasaran utama mereka bila pasaran pemain dibuka pada bulan Januari.
Fiorentina
Direktor sukan Fiorentina, Pantaleo Corvino dilapor sedang pertimbangkan tawaran untuk mengambil pemain tengah kelab Bologna, Gaby Mudingayi.
Genoa
Pengurus Genoa, Pasquale Marino dedahkan rancangannya untuk menggunakan formasi 4-3-3 dan percaya Cristobal Jorquera boleh menjadi bintangnya.
Inter Milan
Walaupun sentiasa dikaitkan dengan James Rodriguez, Inter Milan dilapor hanya akan cuba mendapatkan pemain Porto itu pada musim panas nanti.
Juventus
Udinese dilapor mungkin akan cuba mendapatkan pemain tengah Juventus, Michele Pazienza yang memulakan hanya satu perlawanan Serie A musim ini.
Lazio
Penyerang, Miroslav Klose amat gembira dengan enam bulan pertamanya bersama Lazio dan berkata Biancoceleste adalah kelab yang dicari-carinya.
Lecce
Pemain milik Udinese, Juan Cuadrado berharap dapat kekal bersama Lecce sehingga hujung musim ini kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Napoli
Napoli dilapor akan mengambil dua pemain pertahanan Czech, Michal Kadlec dari Bayer Leverkusen dan Tomas Sivok dari Besiktas pada bulan depan.
Novara
Novara telah menjadikan pemain simpanan Chievo, Alberto Paloschi sebagai sasaran utama mereka bila pasaran pemain dibuka pada bulan Januari.
Palermo
Naib presiden Palermo, Guglielmo Micciche berkata adalah 'tidak masuk akal' untuk kelab itu menjual Mauricio Pinilla yang kini sudah sihat.
Parma
Daniele Galloppa mengaku Parma boleh dapatkan keputusan yang lebih baik dalam 2 perlawanan lalu dan kesal dengan kedudukan mereka dalam liga.
Siena
Siena adalah antara kelab paling awal akan memulakan latihan kerana pengurus, Giuseppe Sannino mahu mereka kembali ke padang pada hari Selasa.
Udinese
Udinese dilapor mungkin akan cuba mendapatkan pemain tengah Juventus, Michele Pazienza yang memulakan hanya satu perlawanan Serie A musim ini.
No comments:
Post a Comment