AC Milan
Milan dilapor telah mencapai persetujuan untuk mengambil pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang akan tiba secara percuma pada bulan Jun.
AS Roma
Agen Fredy Guarin berkata Roma belum pernah membuat tawaran untuk pemain Porto itu, tetapi tidak menolak kemungkinan dia berpindah ke Itali.
Atalanta
Penyerang Atalanta, Guido Marilungo mengaku mahu keluar pada bulan Januari, tetapi sementara itu segala komitmennya adalah untuk kelab itu.
Bologna
Pemain pertahanan Bologna, Daniele Portanova akan terlepas perlawanan menentang kelab Catania dan Napoli setelah dia digantung dua perlawanan.
Cagliari
Cagliari dilapor akan beri Davide Biondini kepada Fiorentina sebagai pertukaran untuk Gianni Munari yang akan ditukarkan pula dengan Palombo.
Catania
Catania berharap untuk mengambil seorang lagi pemain dari Argentina dan bakal menyerahkan tawaran kepada Boca Juniors untuk Facundo Roncaglia.
Cesena
Penyerang Cesena, Abdelkader Ghezzal tidak dapat turun menentang Udinese setelah digantung satu perlawanan kerana menerima kad kuning keempat.
Chievo
Chievo dilapor berminat untuk mengambil khidmat pemain tengah Reggina, Simone Missiroli yang juga menjadi sasaran bulan Januari untuk Padova.
Fiorentina
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini akan pertimbangkan penjualan penyerang, Mauricio Pinilla sekiranya Fiorentina membuat tawaran munasabah.
Genoa
Direktor Genoa, Stefano Capozucca mengumumkan bahawa mereka pasti akan mendapatkan seorang penyerang tengah dalam pasaran bulan Januari nanti.
Inter Milan
Pemain tengah Inter Milan, Sulley Muntari mungkin kembali ke Udinese pada bulan Januari ini kerana Zebrette perlukan pemain berpengalaman.
Juventus
Juventus dilaporkan telah menemui waris Gigi Buffon, setelah bersetuju untuk membayar EUR5 juta untuk pemain remaja Brescia, Nicola Leali.
Lazio
Agen Albano Bizzarri mendedahkan bahawa penjaga gol itu mahu menandatangani kontrak baru dengan Lazio walaupun jarang diberi peluang beraksi.
Lecce
Nenad Tomovic berkata pengurus baru Lecce, Serse Cosmi telah beri keyakinan baru bahawa mereka boleh elakkan penyingkiran seperti musim lalu.
Napoli
Agen Christian Maggio dakwa bahawa pemain pertahanan itu sudah hampir menandatangani kontrak baru untuk terus kekal di Napoli sehingga 2016.
Novara
Novara dilapor sudah hampir berjaya melengkapkan urusniaga pertama untuk musim sejuk dengan membawa masuk Massimo Donati daripada kelab Bari.
Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini akan pertimbangkan penjualan penyerang, Mauricio Pinilla sekiranya Fiorentina membuat tawaran munasabah.
Parma
Luigi Del Neri telah dikaitkan dengan Parma setelah pengurus, Franco Colomba berjaya menang hanya sekali dari enam perlawanan sebelum ini.
Siena
Pemain tengah Siena, Gaetano D'Agostino dan pertahanan, Roberto Vitiello tidak dapat turun menentang Lazio setelah digantung satu perlawanan.
Udinese
Pemain tengah Inter Milan, Sulley Muntari mungkin kembali ke Udinese pada bulan Januari ini kerana Zebrette perlukan pemain berpengalaman.
No comments:
Post a Comment