AC Milan
Marseille telah dikaitkan dengan penyerang AC Milan, Pippo Inzaghi yang tidak puas hati kerana membuat hanya dua kemunculan pada musim ini.
AS Roma
Masalah pertahanan Roma menjadi semakin meruncing kerana kini Simon Kjaer, Nicolas Burdisso dan Juan tidak dapat turun menentang Juventus.
Atalanta
Pemain tengah Atalanta, Ezequiel Schelotto tidak bimbang mengenai khabar angin mengenai masa depannya kerana dia sudah biasa mendengarnya.
Bologna
Juventus mara ke peringkat suku akhir Coppa Italia setelah Giaccherini dan Marchisio berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan Bologna.
Cagliari
Cagliari dan Palermo akan bersaing untuk mengambil Frederik Sorensen yang mungkin dibenar keluar jika Juventus berjaya mencari penggantinya.
Catania
Penyerang Catania, David Suazo kesal terlepas perlawanan menentang kelab lamanya, Cagliari dan berharap sempat pulih untuk menentang Atalanta.
Cesena
Direktor sukan Sampdoria, Pasquale Sensibile sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Cesena, Eder dalam pasaran bulan Januari nanti.
Chievo
Chievo sedang pertimbangkan tawaran untuk pemain muda Lumezzane, Yves Baray dalam usaha mereka mencari pemain tengah pada bulan Januari ini.
Fiorentina
Fiorentina dilapor berminat untuk mendapatkan penyerang, Universitario, Andy Jorman Polo Andrade yang menjadi sasaran beberapa kelab Eropah.
Genoa
Pengurus Genoa, Alberto Malesani perlu membuat rombakan setelah 3 pemain pertahanan tengahnya tidak dapat turun kerana cedera dan digantung.
Inter Milan
Inter mungkin beri peluang kepada pemain muda, Marco Faraoni untuk memulakan perlawanan kerana Cristian Chivu cedera ketika tewas kepada CSKA.
Juventus
Juventus mara ke peringkat suku akhir Coppa Italia setelah Giaccherini dan Marchisio berjaya menjaringkan gol untuk menyingkirkan Bologna.
Lazio
Laporan mengatakan bahawa pemain tengah Lazio, Lorik Cana akan keluar pada bulan Januari dan telah dikaitkan dengan kepulangan ke Marseille.
Lecce
Pemain pertahanan Lecce, Massimo Oddo berharap kemenangan ke atas Lazio pada hujung minggu ini akan menandakan perubahan nasib pasukannya.
Napoli
Agen Marek Hamsik mengesahkan bahawa pemain tengah itu akan menandatangani kontrak baru di Napoli kerana dia percaya dengan potensi kelab itu.
Novara
Novara dijangka akan cuba meminjam khidmat pemain muda Milan Stephan El Shaarawy dan Mattia De Sciglio bila pasaran dibuka pada bulan Januari.
Palermo
Cagliari dan Palermo akan bersaing untuk mengambil Frederik Sorensen yang mungkin dibenar keluar jika Juventus berjaya mencari penggantinya.
Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba menegaskan bahawa dia tidak akan menghalang pemainnya yang mahu keluar kerana mencari peluang untuk bermain.
Siena
Direktor Siena, Giorgio Perinetti mengucapkan tahniah kepada Napoli kerana mara di Eropah dan ramalkan masa depan yang cerah untuk skuad itu.
Udinese
Pemain tengah, Almen Abdi menegaskan yang dia gembira berada di Udinese dan mahu kekal di situ, walaupun dikaitkan dengan kelab FC Zurich.
No comments:
Post a Comment