Saturday, December 17, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger belum pertimbangkan ide mengambil semula Thierry Henry tetapi mengaku dia masih layak bermain di dalam Liga Premier.

Aston Villa
Penjaga gol Brad Guzan hanya mahu bantu Aston Villa dan tidak bimbang mengenai kontrak baru menjelang kemunculan pertamanya di tempat sendiri.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean sedar bahawa tiada jaminan ynag dia tidak akan dipecat, berikutan kekalahan kepada West Brom di Ewood Park.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle anggap dirinya bertanggungjawab di atas kedudukan kelab itu di dasar carta, berikutan kekalahan kepada Fulham.

Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas mengaku Wigan layak mendapat mata setelah bekerja keras dan mencipta peluang dalam perlawanan mereka.

Everton
David Moyes berpendapat yang Everton sepatutnya menang kerana mendominasi perlawanan, tetapi bersyukur seri selepas dua kekalahan berturutan.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol puas hati dengan persembahan keseluruhan skuadnya ketika menewaskan Bolton, terutamanya selepas kecewa di Eropah.

Liverpool
Liverpool sedang memerhatikan Kevin Strootman dan Georginio Wijnaldum dan dilapor sanggup membayar GBP22 untuk kedua-dua pemain milik PSV itu.

Manchester City
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero mendedahkan niatnya untuk kembali ke Independiente, tetapi bukan sebelum dia mencapai usia 29 tahun.

Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa kelab itu tidak perlu membeli pemain baru walaupun ramai pemain mereka cedera.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew tidak terlalu kecewa selepas melihat pasukannya seri dengan Swansea walaupun mereka mendominasi babak pertama.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert tidak melihat gol penyamaan Everton di Goodison Park, tetapi mengaku gembira berjaya membawa pulang satu mata.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock mengaku yang dia tidak pernah terfikir dapat menentang Manchester United ketika menyertai kelab itu dua tahun lalu.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku Jonathan Woodgate bernasib baik tidak dibuang padang, berikutan kemenangan ke-4 berturut-turut di Wolves.

Sunderland
Martin O'Neill berkata Lee Cattermole akan kekal sebagai kapten Sunderland, sementara itu Nicklas Bendtner meminta maaf kerana ditahan polis.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers gembira seri dengan Newcastle, terutamanya setelah skuadnya berjaya elak gawang dibolosi buat kali kelapan.

Tottenham
Rafael van der Vaart berharap Harry Redknapp akan kekal di Tottenham, tetapi mengaku dia adalah calon terbaik untuk menjadi pengurus England.

West Brom
Pengurus, Roy Hodgson berharap kemenangan West Brom ke atas Blackburn tidak akan menyebabkan Steve Kean kehilangan kerjanya di Ewood Park.

Wigan Athletic
Roberto Martinez gembira dengan persembahan sempurna Wigan ketika seri dengan Wigan dan berkata pemain skuadnya mula memahami sesama sendiri.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy percaya Wolves cemerlang ketika menentang Stoke dan sepakan percuma yang diberi oleh Roger Johnson merubah perlawanan.

No comments:

Post a Comment