Athletic Bilbao
Markel Susaeta jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Europa untuk Bilbao menang kali keempat dalam kumpulan F setelah bertemu Bratislava.
Atletico Madrid
Atletico Madrid dilapor sedang mengikuti perkembangan pemain tengah Malaga, Xavi Torres yang ketika ini dipinjamkan kepada pasukan Levante.
Barcelona
Penyerang Barcelona, David Villa menegaskan bahawa dia tidak endahkan kritikan pihak media kerana Blaugrana membuatkan dia berasa penting.
Espanyol
Pemain pertahanan Espanyol, Juan Forlin mengaku dia berasa selesa di kelab itu serta berharap untuk melanjutkan kontraknya secepat mungkin.
Getafe
Pemain tengah Getafe, Michel mengingatkan skuadnya bahawa mereka berada hanya 1 mata di atas zon bahaya dan perlu terus mendapatkan keputusan.
Granada
Penyerang Granada, David Cortes berazam menggunakan sepenuhnya kesempatan yang tiba jika dipilih menggantikan Nyom yang digantung minggu ini.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio mengaku dia tidak tahu strategi apakah yang perlu digunakan untuk menentang Barcelona yang kebal di Camp Nou.
Malaga
Atletico Madrid dilapor sedang mengikuti perkembangan pemain tengah Malaga, Xavi Torres yang ketika ini dipinjamkan kepada pasukan Levante.
Osasuna
Pemain tengah Osasuna, Alvaro Cejudo mahu pasukannya menang hujung minggu ini bagi mengekalkan perasaan positif serta kedudukan dalam liga.
Racing Santander
Presiden Racing Santander, Francisco Pernia mengumumkan bahawa dia 'tiada niat atau minat' untuk memegang jawatan itu selepas 18 Disember.
Rayo Vallecano
Pemain Rayo, Jose Maria Movilla percaya Atletico tidak terasa kehilangan Diego Forlan atau Kun Aguero kerana Radamel Falcao terbukti hebat.
Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel mungkin bertukar kepada formasi 4-4-2 pada minggu ini serta menggunakan hantaran jauh bagi menamatkan rekod buruk.
Real Madrid
Presiden Real Madrid, Florentino Perez memuji Iker Casilla dan melabelkan pemain itu sebagai penjaga gol Sepanyol yang terbaik dalam sejarah.
Real Mallorca
Presiden, Jaume Cladera menegaskan bahawa Mallorca belum lagi dijual, tetapi mereka akan pertimbangkan sebarang tawaran minimum EUR30 juta.
Real Sociedad
Penjaga gol Sociedad, Claudio Bravo menggesa pasukannya supaya cuba menewaskan Malaga kerana mereka mempunyai kualiti untuk menaiki carta.
Real Zaragoza
Pemain pertahanan, Abraham Minero mengaku perkara pertama yang perlu Zaragoza lakukan bagi mengubah situasi adalah berhenti melepaskan gol.
Sevilla
Sevilla dilapor akan cuba mendapatkan khidmat sama ada Hugo Rodallega daripada Wigan atau Bony Wilfred daripada Vitesse pada bulan Januari.
Sporting Gijon
Presiden Sporting, Manuel Vega mahu pasukannya tewaskan Real Madrid, tetapi dia juga menggariskan jurang ekonomi di antara kedua-dua kelab.
Valencia
Victor Ruiz berkata dia telah menyesuaikan diri dengan mudah sejak tiba di Valencia dan percaya ia jelas kelihatan setiap kali dia bermain.
Villarreal
Pemain tengah Villarreal, Ruben Garcia umumkan bahawa dia telah pulih daripada kecederan lutut dan boleh turun bermain pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment