AC Milan
Alessandro Nesta mengesahkan yang dia mahu bersara di Milan dan mungkin akan cuba mengurangkan jumlah perlawanannya kepada seminggu sekali.
AS Roma
AS Roma dilapor akan membuka rundingan dengan Tottenham mengenai perpindahan pemain pertahanan, Vedran Corluka di dalam pasaran musim sejuk.
Atalanta
Atalanta enggan membenarkan penyerang, Manolo Gabbiadini daripada keluar Januari ini dan berkata mereka tahu bagaimana menjaga pemain muda.
Bologna
Penyerang Bologna, Marco Di Vaio menegaskan bahawa mereka tidak perlu malu tewas kepada Roma yang mungkin adalah yang paling kuat ketika ini.
Cagliari
Cagliari dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk Zlatan Muslimovic dalam usaha membantu mengatasi masalah serangan pengurus, Ballardini.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella berkata direktor, Pietro Lo Monaco akan putuskan sama ada kelab itu akan kekalkan atau menjual Maxi Lopez.
Cesena
Daniele Arrigoni berkata keputusan penalti telah mengubah perlawanan menentang Atalanta dan Cesena runtuh sebaik sahaja menghadapi masalah.
Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo percaya pasukannya berhak menang ke atas Lazio, tetapi mengaku bahawa penjaga gol lawan amat cemerlang.
Fiorentina
Fiorentina dilapor telah menjadikan penyerang muda Siena, Mattia Destro sebagai salah satu sasaran utama di dalam pasaran bulan Januari nanti.
Genoa
Genoa mengesahkan yang mereka telah memecat pengurus, Alberto Malesani dan menggantikannya dengan Pasquale Marino, selepas dibelasah Napoli.
Inter Milan
Khabar angin mengatakan Inter Milan telah serahkan tawaran bernilai EUR30 juta untuk pemain tengah Sao Paulo, Lucas Rodrigues Moura da Silva.
Juventus
Chelsea berminat mendapatkan pemain sayap, Milos Krasic dan kelab Juventus dilapor telah meletakkan harga EUR12 juta untuk perpindahannya.
Lazio
Presiden Auxerre, Gerard Bourgoin membayangkan bahawa kelab itu akan mensasarkan penyerang Lazio, Djibril Cisse dalam bulan Januari nanti.
Lecce
Pengurus, Serse Cosmi menyesal setelah Lecce melepaskan kelebihan gol ketika menentang Inter dan mengaku yang pasukannya tidak cukup cekap.
Napoli
Napoli mendakwa bahawa kelab itu hanya akan berurusniaga untuk mendapatkan penyerang Universiadad de Chile, Eduargo Vargas pada bulan Januari.
Novara
Pemain tengah, Andrea Mazzarri percaya keazaman yang ditunjukkan oleh Novara ketika bertemu Palermo akan membantu mereka kekal dalam Serie A.
Palermo
Pengurus Palermo, Bortolo Mutti berkata 10 orang pemainnya telah melakukan tugas yang bagus dan dia akan menegur perbuatan Josip Ilicic nanti.
Parma
Franco Colomba kesal seri menentang Catania dan berkata Parma sukar menukarkan peluang kepada gol serta melakukan kesilapan yang tidak matang.
Siena
Fiorentina dilapor telah menjadikan penyerang muda Siena, Mattia Destro sebagai salah satu sasaran utama di dalam pasaran bulan Januari nanti.
Udinese
Francesco Guidolin puas hati walaupun hanya seri dan berkata aksi lesu Udinese menentang Juventus berpunca daripada jadual perlawanan ketat.
No comments:
Post a Comment