Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan yang dia tidak mahu mengambil khidmat penyerang Koln, Lukas Podolski dalam pasaran bulan Januari.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish percaya GBP2 juta mungkin cukup untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Rangers, Steven Davis Januari ini.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean akan duduk berbincang dengan Keith Andrews mengenai masa depannya bila pemain tengah itu pulang ke Ewood Park.
Bolton
Owen Coyle berazam untuk mengubah situasi Bolton bagi membalas budi penyokong Wanderers yang baik terhadapnya sebagai pemain dan pengurus.
Chelsea
Andre Villas-Boas percaya Chelsea mendapat antara perlawanan yang paling sukar di dalam Liga Juara-juara, setelah dipasangkan dengan Napoli.
Everton
David Moyes mahukan lebih ramai pemain baru, setelah Everton berjaya meminjam Landon Donovan dan mengikat kontrak baru dengan Ross Barkley.
Fulham
Pengurus, Martin Jol berkata pemain Fulham masih lagi terkejut, tetapi percaya mereka boleh tewaskan Bolton - walaupun tanpa Bobby Zamora.
Liverpool
Pemain Liverpool, Martin Skrtel percaya kini pertahanan adalah antara kekuatan utama pasukannya dan gembira dengan persaingan merebut tempat.
Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memohon supaya Yaya Toure lewat menyertai skuad Ivory Coast bagi membolehkan dia menentang Wigan.
Manchester United
Sir Alex Ferguson mengaku akan terasa kehilangan Darren Fletcher, tetapi berkata doktor ambil keputusan tepat menasihatkannya supaya berehat.
Newcastle United
Penyerang Sochaux, Modibo Maiga akan terus kekal di Perancis setelah gagal dalam menjalani ujian kecergasan untuk menyertai Newcastle United.
Norwich City
Paul Lambert mahu Norwich menghasilkan persembahan yang konsisten sepanjang musim perayaan ini dalam usaha mengukuhkan tempat di dalam liga.
Queens Park Rangers
Kieron Dyer dijangka tidak lagi dapat bermain untuk QPR pada musim ini setelah Neil Warnock mengesahkan yang dia perlu dibedah sekali lagi.
Stoke City
Leeds Utd merancang untuk melengkapkan pembelian Danny Pugh yang dipinjam daripada Stoke City bila pasaran dibuka semula pada bulan Januari.
Sunderland
Pemain tengah Sunderland, Lee Cattermole dan penyerang, Nicklas Bendtner telah ditangkap kerana disyaki merosakkan kereta di bandar Newcastle.
Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers akan menurunkan semula Joe Allen ke dalam skuad utama Swansea setelah pemain itu selesai menjalani penggantungan.
Tottenham
Harry Redknapp memberitahu pemain Tottenham bahawa mereka perlu membuat pengorbanan kecil dengan tidak mengadakan parti meraikan Hari Krismas.
West Brom
Roy Hodgson mengaku West Brom perlu menerima hakikat mungkin kehilangan pemain terbaik mereka, setelah Jonas Olsson menangguhkan rundingan.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez percaya skuadnya perlu mengambil risiko jika mahu dapatkan keputusan positif bila menentang Chelsea.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy berharap pasukannya boleh memastikan status mereka di dalam Liga Premier sebelum perlawanan terakhir musim ini.
No comments:
Post a Comment